RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Disember 2025

Honda Indonesia Lancar Vario 125 2026

PT Astra Honda Motor (AHM) secara rasminya melancarkan Honda Vario 125 yang menampilkan pembaharuan dari segi rupabentuk yang moden dan lebar serta ciri-ciri moden. Sebagai model untuk tahun 2026, Vario 125 tampil dengan varian terbaharu iaitu Street. Manakala varian sedia ada seperti CBS-ISS dan CBS masih dikekalkan.

Bahagian lampu hadapan, bekalang dan lampu isyarat direka semula agar tampak lebih sporty dan canggih. Lampu utamanya berbentuk V-Shape yang mengekalkan identiti utama model ini. Panel meter jenis digital turut dikemaskini dengan paparan lebih futuristik dan jelas.

Varian Street.
Varian Street.

Berbeza dengan varian Street yang didatangkan dengan rekaan bar hendal jenis naked serta panel meter yang berasingan untuk menjadikan skuter ini lebih agresif, urban dan sebagai pilihan ideal untuk mereka yang ingin tampil kelainan.

Varian CBS-ISS.
Varian CBS-ISS.

Honda Vario 125 2026 didatangkan dengan enjin 124.8cc silinder tunggal, SOHC dan sistem penyejuk cecair dengan teknologi eSP. Model ini mampu menghasilkan kuasa 11hp pada 8,500rpm dan tork sekitar 10.8Nm pada 5,000rpm.

Varian CBS.
Varian CBS.

Kelengkapan lain seperti Honda Smart Key (varian CBS-ISS & Street), kerangka underbone, brek hadapan jenis cakera, fork teleskopik, penyerap hentak tunggal, Combi Brake System (CBS), berat 111kg (CBS & CBS-ISS), tayar hadapan 90/80-14, tayar belakang 100/80-14, berat 112kg (varian Street), Idling Stop System (ISS), tinggi pelana 769mm, tangki 5.5 liter, ruang bawah pelana 18 liter, soket pengecas USB Type-C dan penyangkut barang di hadapan.

Untuk pasaran Indonesia, Honda Vario 125 2026 ditawarkan pada harga bermula Rp24.41 juta (anggaran RM6,068) bagi varian CBS, manakala varian CBS-ISS pula sekitar Rp26.06 juta (anggaran RM6,480). Varian Street yang menjadi tarikan utama dijual pada harga sekitar Rp26.49 juta (anggaran RM6,588). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.