RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 Disember 2025

Italjet Roadster 400 - Gabungan Gaya Klasik & Moden

Semasa di pameran EICMA 2025 bulan November lepas, Italjet menarik perhatian ramai dengan memperkenalkan motosikal berstatus premium menerusi Italjet Roadster 400. Lebih menariknya lagi, jentera ini merupakan sebuah model "Urban Roadster" yang menggabungkan elemen-elemen klasik dan teknologi moden.

Dari segi rekabentuk luaran model ini memang cukup unik sekali. Rangka trellis keluli berbentuk tiub terdedah menawarkan penampilan mekanikal yang tegas manakala garisan badan minimalis menekankan identiti sebenar naked roadster. Lampu utamannya berbentuk bulat kekal dengan gaya klasik namum hadir dengan lampu projektor LED.

Sementara itu, panel sisi di bahagian belakang direka seakan-akan turbin jet yang berfungsi sebagai pengaliran sistem udara untuk menyejukkan enjin sambil menambah elemen aerodinamik dan estetika futuristik.

Roadster 400 didatangkan dengan enjin 394cc silinder tunggal EURO5+, 4-lejang dengan sistem penyejuk cecair. Enjin pada jentera ini dipadankan dengan transmisi CVT manakala pacuan akhir jenis tali sawat menghasilkan kuasa 41.5hp pada 7,500rpm dan tork sekitar 41.2Nm pada 6,000rpm.

Kedua-dua sistem suspensi pada model ini menggunakan penyerap hentak tunggal daripada Ohlins. Keunikan Roadster 400 terletak pada suspensi hadapan menggunakan sistem DLAS (Dynamic Linkage Articulated Steering) diinspirasikan daripada model Dragster untuk menjadikan motosikal lebih stabil ketika membelok.

Sistem ekzos pada model ini jenis berkembar dari Akrapovič di mana dua saluran tersebut keluar di sebelah kanan dan kiri penyerap hentak belakang yang berada di tengah. Rekaan ini bukan sahaja menghasilkan kesan bunyi khas tetapi menonjolkan lagi karakter skuter tersebut.

Kelengkapan lain yang terdapat pada model ini adalah paparan meter TFT berbentuk bulat, sistem ABS, Traction Control, tayar hadapan 120/70-13, tayar belakang 150/70-13, brek cakera berkembar 280mm (depan), cakera tunggal 260mm (belakang), jarak roda 1,540mm, berat 151kg, tangki bahan api 12 liter, sistem anti-kecurian, pemanas pendikit dan tinggi pelana 790mm.

Model Italjet Roadster 400 ini dikatakan akan berada di pasaran Eropah pada tahun 2026 dengan harga anggaran sekitar €7,500 - €7,800 (RM36,000 - RM37,500). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.