RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Disember 2025

Moto Morini X-Cape 1200... Jentera Adventure Premium RM49,888 je?

Semua teknologi moden yang kita harapkan daripada sebuah model kembara...semuanya ada ditawarkan! Itulah yang paling mudah yang boleh kita katakan untuk Moto Morini X-Cape 1200 baru yang akan masuk ke pasaran negara tidak lama lagi.

X-Cape 1200 ini adalah model kembara..adventure serba moden gaya itali yang disempurnakan dengan enjin 1,187cc Costa Corta V2 DOHC, sistem penyejuk cecair yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 129hp pada 8,750rpm dan tork 106Nm pada 7,000rpm. RR sempat menunggang uji (hanya untuk jarak dekat) dan antara ciri-ciri menarik yang sempat dirasakan ialah tenaga enjin V2 1200cc ini memang cukup padu tetapi sangat selesa untuk dikawal.

Rekabentuk keseluruhannya tinggi dan cukup tegap. Bahagian depan dikemaskan dengan lampu-lampu LED, panel meter TFT berwarna penuh dan cermin pengadang angin boleh laras. Posisi menunggang tegak dan selesa manakala tingga bar hendal juga dirasakan cukup sempurna yang memudahkan pengendalian dan keselesaan untuk kembara jarak jauh. Suis kawalan di bar hendal juga nampak cantik, kemas dan mudah untuk kita membuat talaan.

Turut menanti para pemiliknya ialah sistem elektronik yang premium terdiri daripada:

  • Autocruise
  • Quick Shifter
  • Slipper Clutch
  • Sistem Navigasi
  • Mod Tunggangan
  • Traction Control
  • Radar Titik Buta
  • Lampu Belokan
  • Pengecas USB
  • Pemanas pelana
  • Kamera dash

Tayar hadapan bersaiz 120/70-19 manakala di belakang 170/60-17 yang dipadankan dengan sistem brek cakera jenis Brembo berserta ABS (boleh dimatikan). Pengendalian yang bagi kami cukup ringan/mudah disumbangkan oleh sistem saspensi yang terdiri daripada fork hadapan jenis USD dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.

Secara ringkasnya, untuk sebuah jentera kembara baru dan modenb seperti ini...nilai jualan yang di bawah RM50,000 sememangnya sangat menarik. Kita berharap pihak Moto Morini Malaysia akan segera membawa masuk model ini dan memberi kesempatan buat RR untuk menunggang ujinya lagi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.