RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 Januari 2026

BRABUS 1400 R Signature Edition 2026 - Hanya 100 Unit di Seluruh Dunia

BRABUS, syarikat talaan automotif dari jerman sekali lagi mencuri tumpuan dunia dua roda apabila memperkenalkan BRABUS 1400 R Signature Edition untuk pasaran global 2026. Model Hyper-naked bertaraf mewah ini hanya dihasilkan sebanyak 100 unit sahaja di seluruh dunia. Seperti yang kita tahu, BRABUS dengan kerjasama KTM telah memperkenalkan siri motosikal berasaskan KTM termasuklah BRABUS 1300 R, Edition 23 dan Masterpiece Edition yang dilancarkan pada tahun 2022 dan 2023.

BRABUS 1400 R Signature Edition dibangunkan berasaskan platform KTM 1390 Super Duke R EVO tetapi menerima sentuhan baharu dari jurutera dan rekaan khas BRABUS untuk menampilkan motosikal ini tampak lebih futuristik dan mewah. Model ini dikemaskan dengan warna "Midnight Veil" iaitu Hitam Ekkslusif yang menyerlahkan bentuk motosikal. Untuk tampil dengan lebih menarik, terdapat perincian yang diperbuat dariapa gentian karbon ringan termasuk pada bahagian fender hadapan, sisi fairing serta beberapa bahagian lain untuk menampakkan motosikal ini kelihatan mewah.

Selain itu, penggunaan rim BRABUS Monoblock II EVO "Platinum Edition" bersaiz 17-inci diperbuat menggunakan teknologi forging dan CNC machining yang bukan sahaja menonjolkan motiskal ini tetapi menawarkan kestabilan ketika memecut.

Model ini didatangkan dengan enjin 1,350cc LC8 V-Twin yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 190hp dan tork 145Nm. BRABUS 1400 R Signature Edition dikatakan boleh mencapai 0-97km/j dalam amsa 3.2 saat, manakala tahap kelajuan maksimum sekitar 270km/j. Sistem ekzos berkembar jenis slip-on direka khas untuk meningkatkan lagi prestasi jentera serta menghasilkan bunyi yang agresif. 

Sebagai edisi Signature Edition, model ini turut disertakan dengan aksesori eksklusif seperti pelindung motosikal kah, karpet pameran, penutupm kunci kulit, kotak kunci karbon dan terdapat nombor siri "1 of 100" pada motosikal.

Antara kelengkapan lain yang ditawarkan pada motosikal ini adalah penggunaan sistem suspensi WP APEX semi-aktif, brek Brembo Hypure Monoblock, lima mod tunggangan (Street, Sport, Rain, Performance & Track), paparan meter TFT, sistem ABS Bosch 9.3 MP yang lengkap dengan Cornering ABS, & mod SUPERMOTO, berat kering 200kg, tinggi pelana 834mm dan tangki bahan api 17.5 liter. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700