RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 Januari 2026

Kawasaki Motors Hidupkan Semula Nama KLE Dengan Model 2026

Kawasaki Motors Global menghidupkan semula nama KLE untuk pasaran motosikal adventure kelas pertengahan dengan memperkenalkan KLE500 ABS 2026. Kehadiran model ini jelas sekali membangkitkan semula jenama tersebut selepas 18 tahun apabila kali terakhir jentera tersebut berada di pasaran pada tahun 2007 selepas pertama kali dilancarkan sekitar 90an.

KLE500 ABS
KLE500 ABS

KLE500 menampilkan dua varian iaitu standard dan juga edisi khas (SE). Kedua-duanya menggunakan platform enjin yang sama iaitu 451cc parallel-twin dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa 51hp pada 10,000rpm dan tork 42.6Nm pada 7,500rpm. Enjin transmisi 6-kelajuan pada model ini turut dipadankan dengan sistem slipper clutch untuk respon yang lebih lembut ketika menurunkan kedudukan gear.

Untuk menawarkan kestabilan, KLE500 didatangkan dengan kerangka Steel Trellis yang serba baharu. Rim jenis spoke dan tayar dual-purpose bersaiz 90/90-21 (hadapan) dan 140/70-17 (belakang) sesuai untuk kegunaan di laluan offroad.

KLE500 SE ABS
KLE500 SE ABS

Sistem suspensi pula terdiri daripada fork USD 43mm dari KYB dan belakang menggunakan penyerap hentak monoshock dengan pelarasan pra-beban. Brek hadapan pada jentera ini jenis cakera tunggal 300mm manakala belakang cakera 230mm dan dipadankan dengan sistem ABS yang boleh dipadamkan untuk tunggangan offroad dengan hanya menekan suis yang terdapat pada panel bar hendal.

Antara kelangkapan lain seperti meter LCD (Standard), meter TFT 4.3 inci (SE), lampu LED sepenuhnya (SE), cermin penghadang angin boleh laras (SE lebih tinggi), pelindung tangan & enjin (SE), tangki bahan api 16 liter dan tinggi pelana 870mm.

Untuk pasaran global Kawasaki KLE500 ABS ditawarkan pada harga $6,599 (anggaran RM35K-38K) manakala KLE500 SE ABS pada harga  $7,499 (anggaran RM35K-38K). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.