RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 Januari 2026

Lambretta X300 Casa. Model Terhad, Hanya 999 Unit Di Seluruh Dunia

Bagi peminat motosikal sejati, nama Lambretta tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia ada jenama dua roda yang telah pun berada di pasaran sejak dari tahun 1947 lagi dengan menampilkan jentera skuter yang memiliki sejarah, legasi dan kecintaan pada gaya hidup. Terbaru, Bike Continent Sdn Bhd telah melancarkan model Edisi Terhad iaitu Lambretta X300 Casa yang hanya tersedia sebanyak 999 unit di seluruh dunia.

Untuk pasaran Malaysia, 99 unit ditawarkan dan kesemuanya telah habis terjual. Oleh itu, kepada mereka yang berminat hanya boleh membuat tawaran kepada pemilik sedia ada. Tidak ada harga rasmi yang diumumkan melainkan tawaran tertinggi yang diterima untuk X300 Casa ini ialah RM48,000.

Lambretta X300 Casa ini Edisi Terhad ini dibezakan dengan model asas menerusi beberapa aksesori premium seperti penghadang angin atas lampu, spoiler serta pelindung lengan suspensi jenis Carbon Fiber, rekacorak grafik inspirasi 'heritage/sejarah' Lambretta dan pemilihan tayar berprestasi tinggi.

Lambretta X300 hadir dengan enjin 275cc, satu silinder, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 25.1 hp pada 8,250 rpm dan tork 24.5 Nm pada 6,250rpm. Walaupun jentera ini nampak kecil, tangki minyaknya bersaiz 7.5 liter. Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan ialah panel meter TFT, brek cakera hadapan dan belakang, sistem penyerap hentak, tayar bersaiz 120/70 (depan) dan 130/70 di belakang yang dipadankan dengan sistem ABS.

Pada hari pelancaran model ini, pihak Lambretta Malaysia turut menganjurkan ride di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berjaya melibatkan lebih daripada 800 buah motosikal Lambretta pelbagai model termasuklah yang terbaru X300 Casa. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.