RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 Januari 2026

Yamaha Tracer 9 GT 2026 Tiba Untuk Pasaran Negara - RM71,888

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan bangganya melancarkan model sport-touring iaitu Yamaha Tracer 9 GT serba baharu. Sebagi model pertama yang diperkenalkan pada tahun 2026, pelancaran ini adalah platform sebagai hala tuju dan visi syarikat dalam memperkukuhkan kedudukan jenama Yamaha di pasaran negara.

Model ini menampilkan enjin CP3 tiga silinder yang bersesaran 890cc, DOHC dan sistem penyejuk cecair. Tracer 9 GT mampu menghasilkan kuasa maksimum 119PS pada 10,000rpm dan tork 93Nm pada 7,000rpm. Sistem quickshifter generasi ke-3 membolehkan penukaran gear lebih mudah dan lancar. 

Menariknya pada model ini, lampu hadapan jenis LED Matrix adaptif yang terdiri dengan lampu bawah dan lampu atas turut bersambung dengan kamera. Fungsi kamera adalah untuk mengesan pancaran cahaya di hadapan supaya untuk menyelaraskan semula kecerahan dan pancaran lampu secara automatik mengikut keadaan jalan, trafik, dan sudut selekoh.

Selain itu, model ini disempurnakan bersama pakej elektronik yang dikawal menerusi 6-axis IMU termasuklah lima mod tunggangan ( Sport, Street Rain & dua mod kustom), Traction Control, Cruise Control (TCS), Slide Control (SCS) dan front-wheel LIFT Control (LIF).

Untuk menawarkan keselesaan buat penunggang, cermin penghadang angin boleh dilaras secara automatik manakala rekabentuk fairing hadapan direka baharu untuk menawarkan ciri yang lebih aerodinamik. Pemilik juga boleh menggunakan sistem Yamaha Ride Control (YRC) melalui paparan meter TFT 7-inci berwarna penuh.

Tracer 9 GT turut dibangunkan dengan saspensi hadapan semi-aktif KYB Actimatic Damper (KADS). Sistem disambungkan dengan YRC yang secara automatik dapat menyesuaikan tahap kekerasan mengikut keadaan jalan dan mod tunggangan.

Antara kelengkapan lain yang ada adalah sistem kunci pintar, emergency stop system (ESS), brek cakera berkembar 298mm (depan), brek cakera tunggal 267mm (belakang), kerangka jenis daimond, berat 227kg, tinggi pelana 845mm dan tangki bahan api 19 liter.

Yamaha Trace 9 GT 2026 ditawarkan pada harga runcit disyorkan RM71,888 (tanpa pendaftaran & insuran) dengan dua pilihan warna iaitu Ceramic Ice dan Tech Black. Model ini kini boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, pelanggan dijemput untuk mengunjungi rangkaian pengedar Yamaha di https://www.yamaha-motor.com.my/find-dealer/. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia