RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Februari 2026

CFMOTO 250 Dual Sudah Mendarat di Malaysia - RM9,888

Sempena dengan pembukaan Pejabat dan Pusat Servis Mforce cawangan Kuala Lumpur, CFMOTO Malaysia turut melancarkan model baharu untuk pasaran negara iaitu 250 Dual.

CFMOTO 250 Dual merupakan sebuah motosikal dual purpose yang bukan sahaja sesuai di jalan raya tetapi di laluan off-road ringan pun tiada masalah. Model ini dikuasakan oleh enjin 249cc silinder tunggal, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 24hp pada 8,000rpm dan tork sekitar 22.5Nm pada 7,000rpm. 

Sistem suntikan bahan api EFI bukan sahaja menawarkan respon pendikit yang lancar tetapi turut menjimatkan penggunaan bahan api. Kuasa disalurkan melalui sistem pacuan rantai dan dikawal menggunakan klac manual jenis basah berbilang plat dengan transmisi 6-kelajuan.

Bagi menyesuaikan jentera ini di laluan lasak, CFMOTO 250 Dual menampilkan tayar hadapan dan belakang jenis dual purpose yang bersaiz 80/100-21 (depan) dan 120/80-18 (belakang). Brek hadapan jenis cakera 265mm dan belakang cakera 220mm yang turut disokong dengan sistem ABS dua saluran.

Antara kelangkapan lain seperti saspensi hadapan jenis fork teleskopik, penyerap hentak tunggal di belakang, tinggi pelana 840mm, lampu-lampu LED, paparan meter digital, jarak kelegaan tanah 245mm, berat keseluruhan 154kg, soket USB Type-A dan tangki bahan api 13 liter.

CFMOTO 250 Dual sudah boleh didapat di semua pengedar sah CFMOTO dan Mforce di seluruh negara dengan harga asas yang ditawarkan bermula RM9,888. Model ini didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Tundra Grey, Polar White dan Lime Green. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.