RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 Februari 2026

WMOTO Tawar Segmen Dual Purpose Menerusi Hawk 200i

Selain perkenalkan Island 150, WMOTO Malaysia turut model terbaharu iaitu HAWK 200i. Model ini merupakan sebuah jentera dual purpose yang boleh memenuhi keperluan tunggangan harian dan off-road ringan.

HAWK 200i dijana enjin 200cc silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa 16hp pada 8,000rpm dan tork 15.7Nm pada 7,000rpm. Enjen transmisi 5-kelajuan turut dipadankan bersama sistem suntikan bahan api EFI dan pacuan akhir jenis rantai.

Sistem saspensi hadapan dipadankan dengan fork USD dan  penyerap hentak tunggal dibelakang yang bersesuaian untuk tunggangan di dalam bandar mahupun lasak. Tangki bahan apinya pula bersaiz 8 liter bagi memudahkan penunggang untuk perjalanan jarak jauh.

Jarak kelegaan tanah sekitar 260mm yang membolehkan jentera menempuh permukaan tidak rata. Manakala berat basah 132kg untuk menawarkan pengendalian yang lincah. Sebagai sebuah jentera lasak, HAWK 200i menggunakan rim-rim jenis jejari yang silelaputi tayar hadapan bersaiz 90/90-19 dan belakang 110/90-17.

Antara kelengkapan lain adalah paparan meter digital, lampu LED, soket pengecas USB Type-A, pelindung tangan, pelana anti gelincir, brek-brek jenis cakera dan sistem ABS yang boleh dimatikan.

WMOTO HAWK 200i ditawarkan pada harga RM7,888 (tanpa cukai jalan & insurans) dengan dua pilihan warna menarik iaitu Obsidian Black dan Extreme Red. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.