RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Januari 2016

Perkenalkan 3 Model Baru Ninja ZX-10R, J300 & Z125 Pro

Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) yakin akan terus kukuh dalam pasaran motosikal negara dengan memperkenalkan bukan satu tetapi tiga model terbaru iaitu model sport terulung ZX10R, J300 (skuter) dan Z125 Pro (jentera jalanan). Majlis pelancaran tiga model menarik ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif KMSB, Raja Dato' Hanippudin bin Raja Dato' Nong Chik bersama-sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar dan Pengurus Besar KMSB, Dato' Jeffrey Lim.

Dari kiri: En. Wee Hong, En. Y. Tamura, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, En. Kenji Tomida, YM Raja Dato’ Hanippudin bin Raja Dato’ Nong Chik, En. Ahmad Faez Tan Sri Yahaya dan Dato’ Jeffrey Lim di majlis pelancaran model terbaru Kawasaki.
Dari kiri: En. Wee Hong, En. Y. Tamura, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, En. Kenji Tomida, YM Raja Dato’ Hanippudin bin Raja Dato’ Nong Chik, En. Ahmad Faez Tan Sri Yahaya dan Dato’ Jeffrey Lim di majlis pelancaran model terbaru Kawasaki.
Z125 Pro
Z125 Pro

Model Z125 Pro adalah kesinambungan siri Z yang sememangnya cukup popular bagi pengguna motosikal di Malaysia dan model ini bakal menggantikan KSR110 yang telah berada di pasaran buat sekian lama. Model Z125 Pro ini bersesaran 125cc yang menawarkan kuasa 9.5PS pada 8,000rpm dan tork 9.5Nm pada 6,000rpm. Model ini turut mewarisi ciri-ciri reka bentuk daripada model Z yang lebih besar seperti lampu tirus yang diilhamkan daripada Z800 dan Z1000. Z125 Pro bakal dipasang sepenuhnya di kilang KSMB, Glemarie dan dijual pada harga di bawah RM9,900.

J300
J300

J300 merupakan skuter pertama dari Kawasaki yang ditawarkan pada harga asas di bawah RM29,800. Skuter maksi ini adalah hasil kolaborasi di antara Kawasaki dan Kymco yang menawarkan rekabentuk menawan serta prestasi enjin yang mengagumkan. Malaysia juga merupakan negara pertama di Asean yang menjual jentera ini. Dengan pengenalan model ini, pastinya para pencinta skuter akan merasa bangga menunggang sebuah mesin automatik berjenama Kawasaki. Jentera automatik ini berkapasiti 299cc yang dilengkapi dengan sistem transmisi CVT. Ia seberat 191kg dan mempunyai kuasa maksimum 27.2bhp – cukup sesuai untuk tunggangan urban dan juga di lebuhraya.

Ninja ZX-10R
Ninja ZX-10R

Jika ingin menikmati tunggangan seperti sang juara, model ZX10R ABS ini adalah jawapannya. Ia adalah sebuah jentera sport jalanan yang paling dekat dengan mesin yang digunakan dalam perlumbaan WSBK. Ninja baru ini lengkap dengan peralatan perlumbaan yang dibangunkan daripada pandangan dua orang juara World Superbike Kawasaki Racing Team, iaitu Tom Sykes dan Jonathan Rea.

Enjin Ninja terbaru ini berkuasa 210 hp (154.4 kW) pada 13,000 rpm dan tork setinggi 113.5 Nm (83.7-ft) pada 11,500 rpm. Ia juga padat dengan teknologi baru seperti Sport-Kawasaki Traction Control (S-KTRC), Kawasaki Launch Control Mode (KLCM), Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS) dan banyak lagi. Menurut Dato' Jeffrey Lim, Ninja ini bakal berada di pasaran negara sekitar suku pertama 2016 dengan menawarkan warna-warna menarik seperti hijau, kelabu dan hitam. ZX10R ABS berharga di bawah RM99,000. RR

Isu Pada

Januari 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.