RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 Mac 2026

MOTO MORINI ALLTRHIKE 450 Sudah Tiba Di Pasaran Negara - RM28,888

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. memperkenalkan MOTO MORINI ALLTRHIKE 450 yang merupakan sebuah motosikal adventure pertengahan direka untuk penunggang yang mahukan keseimbangan antara kawalan, versatiliti dan kemampuan touring. Model ini ditawarkan pada RM28,888 (tanpa insirans & cukai jalan) dengan tiga warna iaitu Earth Grey, Stone Black, dan Brave White.

Dikuasakan oleh enjin 449 cc, dua silinder, 8-injap DOHC yang menghasilkan kuasa 44.5hp pada 8,000 rpm dan tork maksimum 42Nm pada 6,500 rpm. Transmisi 6-kelajuan dengan klac F.C.C. slipper memastikan pertukaran gear lancar. Sementara itu, sistem penyejukan cecair dan tangki 18.5 liter membolehkan perjalanan jarak jauh dengan mudah.

Suspensi hadapan inverted KYB boleh laras penuh dan suspensi belakang KYB dengan pra-beban serta redaman lantunan memberikan keselesaan maksimum. Brek jenis J.JUAN di hadapan dan belakang bersama ABS dwi-saluran boleh dinyahaktifkan memastikan prestasi membrek dengan selamat. Rim jejari pada jentera ini disaluti tayar-tayar bersaiz 90/90-R21 (hadapan) dan 140/70-R18 (belakang.

Ciri-ciri moden termasuk TFT 6-inci, port pengecas USB Type-A & Type-C, sistem kunci mekanikal, suis keselamatan tongkat sisi, dan lampu LED penuh. Penunggang boleh menggunakan Traction Control System (TCS) boleh dinyahaktifkan dan mod khas ALLTRHIKE Mode untuk kawalan off-road optimum. Bateri 12V11.2Ah dan cermin hadapan boleh laras menambah keselesaan perjalanan.

Model ini turut menyokong aplikasi pihak ketiga melalui Carbit Ride dan sambungan Bluetooth. Ia juga didatangkan dengan dua kotak sisi (34 L & 30 L), kotak atas 39 L, pelindung tangan dan palang pelindung enjin sebagai standard. Kelengkapan lain seperti jarak roda 1,525mm, tinggi pelana 85 mm, kelegaan tanah 215mm, dan berat kering 190kg. Semua komponen utama seperti pemegang hendal dan lengan ayun diperbuat daripada aloi aluminium untuk ketahanan dan kestabilan optimum.

Dengan setiap pembelian MOTO MORINI ALLTRHIKE 450, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.