RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 16 Mac 2026

KTNS Malaysia Kembali Dengan Melancarkan TT-Classic 150

Selepas lama menyepi, KTNS kembali menggegarkan pasaran motosikal Malaysia dengan memperkenalkan model terbaharu iaitu TT-Classic 150. Pelancaran model ini dilakukan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media 2026 di Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce, Segambut.

Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Dark Gold, Matt Black dan Matt Grey pada harga asas RM6,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

KTNS TT-Classic 150 dikuasakan oleh enjin satu silinder 150 cc, 4-lejang dengan kuasa maksimum 7.8 kW pada 7,500 rpm dan tork 11.5 N.m pada 5,500 rpm. Enjin transmisi 5-kelajuan ini turut dipadankan bersama sistem pacuan akhir jenis rantai.

Jentera ini menggunakan fork teleskopik di bahagian hadapan dan penyerap hentak tunggal boleh laras bagi saspensi belakang. Tayar jenis dual purpose bersaiz 110/90-18 (hadapan) dan 120/90-17 (belakang) pada rim aloi aluminium bukan sahaja sesuai di jalan raya tetapi untuk tunggangan di laluan lasak.

Ciri-ciri meraik yang ada seperti paparan meter LCD berwarna, lampu-lampu LED, lampu kecemasan, tempat duduk anti-gelincir, ekzos scrambler, bar pelindung, pelindung tangki, dan ruang simpanan hadapan. Kelengkapan lain pula termasuklah jarak roda 1,400mm, tinggi pelana 840mm, kelegaan tanah300 mm dan berat kering 130kg

Pembeli model ini turut menerima jaminan pengeluar 2 tahun atau 20,000km serta kemudahan pembelian alat ganti tulen atas talian daripada Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.