RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Mac 2026

Hanway BOB250 Kini Tiba di Malaysia

Hanway Malaysia mengumumkan penambahan terbaru dalam siri ‘B’ mereka iaitu Hanway BOB250 untuk pasaran negara. Tampil dengan empat pilihan warna iaitu Gloss Black, Yuppie Red, Pepper White dan Space Grey yang ditawarkan pada harga asas RM17,800 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran).

Hanway BOB250 didatangkan dengan rekabentuk minimalis dengan gaya mtoosikal kalsik Bobber dari British. Model ini dikuasakan dengan enjin 248cc dua silinder, DOHC dengan sistem penyejuk cecair mampu menghasilkan kuasa 18.5kW pada 8,000rpm.

Pelana dan bar hendalnya yang ergonomik menawarkan keselesaan untuk tunggangan jarak jauh. Bahagian saspensi hadapan menggunakan fork jenis teleskopik mana belakang hadir dengan penyerap hentak berkembar. Ciri-ciri lain seperti berat 185kg, lampu LED, meter digital, brek-brek cakera, sistem ABS, tayar hadapan 130/90-16, tayar belakang 150/80-16 dan transmisi 6-kelajuan. 

Model ini bukan sahaja dibangunkan untuk menawarkan penampilan yang menarik tetapi memberikan pengalaman menunggang yang santai dan seronok. Secara keseluruhannya BOB250 ini boleh dijadikan pilihan buat mereka yang ingin nampak lebih menonjol di jalan raya.

Menariknya, Hanway Malaysia turut melancarkan Kempen Pendaftaran Early Bird Eksklusif di mana untuk pembelian kumpulan pertama jentera ini layak menerima pulangan wang tunai sebanyak RM800. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengedar Hanway terdekat. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.