RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 April 2026

KEEWAY Tawar Sportbike Mampu Milik Menerusi RKR250

KEEWAR RKR250 akhirnya tiba untyuk pasaran Malaysia selepas model ini diperkenalkan sempena program Top 68 Dealers' Educational Tour Sales Campaign di Zhejiang, China pada November lalu.

RKR250 dikuasakan enjin 249.3cc dua silinder DOHC dengan sistem penyejuk cecair mampu yang menghasilkan 31.5hp pada 10,500rpm dan 22.5Nm pada 9,500rpm. Enjin transmisi 6-kelajuan ini bersama sistem slipper clutch menawarkan proses penukaran gear lebih lancar terutama apabila menurunkan kedudukan gear secara mendadak.

Dari segi pengendalian, model ini dilengkapi  dengan fork teleskopik hadapan dan penyerap hentak tunggal belakang boleh laras. Sistem brek pula menggunakan cakera hadapan 320mm dan cakera belakang 240mm.Terdapat juga sistem ABS dua saluran yang boleh dinyahaktifkan.

RKR250 menggunakan tayar bersaiz 110/70 R17 (hadapan) dan 150/60 R17 (belakang) untuk memberikan keseimbangan cengkaman dan kestabilan. Berat jentera hanya 130kg yang sememangnya cukup lincah apabila ditunggang di jalan-jalan berselekoh.



Antara kelengkapan lain adalah paparan meter TFT 5-inci, soket USB Type-A & Type-C, lampu LED penuh, Traction Control, TPMS, ciri connectivity untuk sistem navigasi melalui aplikasi Carbit Ride, tinggi pelana 770mm, tangki bahan api 12 liter dan kelegaan tanah 148mm.

KEEWAY RKR250 ditawarkan pada harga asas RM13,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dengan dua pilihan warna iaitu Night Black dan Flame Red. 

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana terdahulu) serta sokongan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.