RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 April 2026

Royal Alloy GT160S Baharu Masuk Pasaran Negara - RM12,800

Selain perkenalkan GT125S, Royal Alloy Malaysia turut melengkapkan rangkaian model GT untuk pasaran negara menerusi pelancaran GT160S. Walaupun tampil dengan ciri-ciri moden, skuter ini masih mengekalkan gaya klasik menerusi rekabentuknya.

GT160S & GT125S
GT160S & GT125S

GT160S didatangkan enjin 158cc satu silinder, empat injap dan sistem penyejukan cecair. Enjin yang mematuhi piawaian Euro5+ ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 16.1hp pada 8,500rpm dan tork 13.5Nm pada 5,500rpm. Tinggi pelana hanya sekitar 750mm sekaligus menawarkan posisi tunggangan yang selesai untuk perjalanan jarak jauh dan kegunaan harian.

Sebagai sebuah skuter yang menawarkan keselesaan, bahagian saspensi hadapan disempurnakan dengan double hydraulic preload manakala bahagian belakang hadir bersama double shock absorber. Sistem keselamatan pula dilengkapi brek-brek jenis cakera bersaiz 220mm yang turut serta dengan ABS dan Traction Control.

Menariknya pada model ini, terdapat kelengkapan premium yang ditampilkan seperti lampu nyalaan siang (DRL) yang memanjang ke di bahagian hadapan jentera termasuklah lampu pada logo Royal Alloy serta kamera Dashcam (depan sahaja) untuk keselamatan tambahan. 

GT125S & GT160S
GT125S & GT160S


Ciri-ciri lain seperti TPMS, paparan meter TFT berwarna, lampu LED penuh, sistem kunci pintar, tangki bahan api 9 liter, ruang bawah pelana, tayar dapan & belakang 120/70-12 dan berat tanpa muatan 152kg.

Royal Alloy GT160S ditawarkan pada harga asas RM12,800 dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Meteorite Grey, Lemon Yellow dan Dark Jade. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.