RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 Mei 2026

Peugeot XP400 GT Akhirnya Tiba Untuk Pasaran Negara - RM43,990

Jenama skuter premium dari Perancis, Peugeot Motocycle akhirnya tiba ke dalam pasaran negara dengan melancarkan tiga model terus dan antara salah satunya adalah XP400 GT.

XP400 GT merupakan skuter adventure yang menawarkan enjin 400cc satu silinder, 4-lejang dengan sistem penyejuk cecair. Enjin dengan transmisi jenis CVT ini mampu menghasilkan kuasa 36.7hp pada 8,150rpm dan tork sekitar 38.1Nm pada 5,400rpm.

Dari segi rekaan, model ini tampil dengan gaya futuristik yang cukup menyerlah menerusi penggunaan lampu utama jenis LED bersama lampu DRL. Rekaan badan yang tajan dan tegap memberikan imej yang lebih sporty serta premium manakala posisi tunggangan yang timggi dengan ketinggian pelana 815mm menawarkan tahap keselesaan lebih baik untuk perjalanan jauh mahupun kegunaan harian dalam bandar.

Skuter ini menggunakan rim jenis jejari yang dipadanka bersama tayar hadapan bersaiz 110/70-17 dan belakang 160/60-15. Selain itu, penggunaan fork hadapan jenis upside-down (USD) serta sistem brek cakera berkembar 295mm di hadapan bersama ABS dua saluran turut membantu meningkatkan tahap pengendalian dan keselamatan ketika menunggang.

Sebagai sebuah skuter premium, XP400 GT turut dilengkapi pelbagai ciri moden antaranya paparan meter TFT 5-inci yang di tempatkan antara meter analog (kelajuan & RPM), sistem kunci pintar, Traction Control dan soket USB Type-A. Kelngkapan lain seperti cermin penghadang angin, tangki bahan api 13.5 liter, jarak roda 1,545mm, brek cakera tunggal 240mm di belakang dan tiga ruang simpanan barang bersaiz kecil, sederhana dan besar (boleh muat sebuah topi keledar).

Untuk pasaran negara, XP 400 GT hadir dalam dua pilihan warna iaitu Shark Grey dan Snow White yang ditawarkan pada harga asas bermula RM43,990. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.