RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 Mei 2026

Peugeot Django Hadir Dua Varian Untuk Pasaran Negara - Bermula RM14,990

Selain memperkenalkan XP400 GT, Peugeot Motocycles turut melancarkan skuter gaya klasik iaitu Django 150. Model ini tampil dalam dua varian antaranya Clascic 150 dan Cafe Racer 150.

Classic 150
Classic 150

Kedua-dua model menggunakan enjin yang sama iaitu satu silinder 150cc, SOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa 12.4hp pada 7,500rpm dan tork sekitar 13.2Nm pada 5,500rpm. 

Antara kelangkapan yang ada seperti paparan meter TFT berwarna, Lampu LED penuh serta DRL, ABS dua saluran, sistem kunci pintar, rim 12-inci, jarak roda 1,350mm, tinggi pelana 780mm, berat 140kg, brek-brek cakera, sistem suntikan bahan api elektronik, fork teleskopik, penyerap hentak tunggal di belakang, ruang simpanan bawah pelana dan tangki bahan api 8.5 liter.

Apa yang membezakan antara kedua-dua varian ini? Classic 150 menampilkan rekaan lebih elegan dan santai dengan pelana untuk dua orang yang menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian serta penunggang yang sering membawa pembonceng.

Cafe Racer 150
Cafe Racer 150

Manakala bagi varian Cafe Racer 150 pula hadir dengan rekaan yang lebih sporty dan agresif. Ia dilengkapi tempat duduk tunggal, penghadang angin yang tinggi dan cermin sisi pada hujung bar hendal untuk penampilan yang lebih moden dan unik.

Untuk pasaran negara Varian Classic 150 ditawarkan pada harga asas bermula RM14,990. Varian Cafe Racer 150 pula pada harga bermula RM16,990. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).