RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 Mei 2026

Peugeot Speedfight 4+ - Skuter Urban Pada Harga Bermula RM9,990

Pasaran skuter tempatan menerima satu lagi pilihan menarik apabila Peugeot Motocycles secara rasmi memperkenalkan Speedfight 4+ untuk pengguna di Malaysia. Model ikonik dari Perancis ini tampil dengan rekaan agresif, teknologi moden dan harga yang cukup kompetitif iaitu bermula RM9,990.

Menurut Peugeot Motocycles, Speedfight 4+ direka untuk penunggang yang mahukan gabungan gaya, kelincahan dan praktikaliti dalam satu pakej. Rekabentuk hadapannya tampil tajam dengan lampu LED berkembar yang memberikan karakter garang.

Speedfight 4+ menggunakan enjin 150cc silinder tunggal, 4-lejang dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api elektronik (EFI). Enjin ini menghasilkan kuasa sekitar 12.4hp pada 7,500 rpm dan tork 13.2Nm pada 5,500 rpm.

Antara ciri utama yang ditawarkan termasuk fork teleskopik terbalik (USD), panel meter digital LCD, soket USB, ruang bawah pelana yang memuatkan sebuahn topi keledar open face, tinggi pelana 780mm, berat 125kg dan tangki bahan api 7.4 liter.

Sistem brek pula hadir dengan cakera depan dan belakang serta sistem ABS dua saluran. Sementara itu,  tayar bersaiz 130/60-13 untuk depan dan belakang membantu memberikan kestabilan ketika menunggang.

Umtuk pasaran Malaysia, Peugeot Speedfight 4+ ditawarkan dalam beberapa pilihan warna menarik seperti Mad Black, Icy White / Flat6 Red, Deep Lake Green dan Stone Forest Grey. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.