RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Jun 2026

CFMOTO 750SR-R & 1000MT-X Masuk Pasaran Negara - Bermula RM41,888

CFMOTO Malaysia terus perkukuhkan kedudukannya dalam pasaran dua roda tempatan menerusi kemasukan model 750SR-R dan 1000MT-X sempena Malaysia Bike Show 2026 menerusi acara MForce Moto Xperience yang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Bagi yang minat dengan jenetra berkuasa tinggi, CFMOTO 750SR-R merupakan jentera supersport yang direka untuk mnawarkan pengalaman  tunggangan yang lebih agresif dan dinamik. Rekabentuknya yang tajam, posisi tunggangan sporty serta lengkap dengan teknologi menjadikan model ini antara yang mencuri perhatian sepanjang pamera MBS26.

Model ini didatangkan dengan enjin 749cc empat silinder sebaris, DOHC bersama sistem penyejuk cecair. Enjin transmisi 6-kelajuan yang turut dilengkapi sistem quickshifter (upshift) menghasilkan kuasa 110hp (82kW) pada 10,250rpm dan tork 80nm pada 9,000rpm. Jentera ini juga mampu mencapai kelajuan melebihi 230 km/j dengan pecutan 0-100 km/j dalam tempoh kurang 3.5 saat.

Antara kelengkapan lain adalah fork USD KYB 43mm, penyerap hentak belakang KYB, brek-brek brembo, paparan meter TFT 6.2 inci, TPMS, ABS dua saluran, Cornering ABS, Cornering Traction Control (TCS), Cornering Assist Light, tinggi pelana 805mm, berat 213kg dan tangki bahan api 17 liter.

Satu ciri yang paling menonjol pada 750SR-S ini adalah rekabentuk empat ekzos yang diletakkan dua sebalah kiri dan dua sebalah kanan. Kelengkapan ini memberikan penampilan yang lebih agresif dan eksklusif supaya menonjolkan lagi imej sebenar sebuah motosikal supersport berenjin empat silinder. Model ini ditawarkan pada harga asas RM41,888 dengan dua pilihan warna iaitu Nebula White dan Nebula Black.

Sementara itu, CFMOTO 1000MT-X hadir sebagai model adventure touring paling berkuasa dalam barisan CFMOTO setakat ini. Model ini menggunakan enjin 946.2c dua silider, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 113hp (83kW) pada 8,500rpm dan tork 105Nm pada 6,250rpm.

Dari segi pengendalian, 1000MT-X dilengkapi suspensi KYB boleh laras sepenuhnya, brek-brek brembo, rim 21-inci di hadapan dan 18-inci dibelakang. Kelengkapan elektronikm pula termasuklah seperti Cornering ABS, traction control pelbagai tahap, quickshifter dua hala, cruise control danpaparan TFT bersaiz 8-inci. Turut melengkapkan jentera ini adalah pemanas pendikit dan pelana untuk menawarkan keselesaan kepada penunggang terutama menunggang pada waktu hujan.

Ciri-ciri lain pula terdiri daripada tayar hadapan 90/90 R21 pirelli STR, tayar belakang 157/7- R18 pirelli STR, mod tunggangan (Standard, Offroad, Rain, All Terrain & Master), cakera dapan 320mm, cakera belakang 260mm, tinggi pelana 830mm/870mm, berat 225kg dan tnagki bahan api 22.5 liter.

CFMOTO 1000MT-X ditawarkan pada harga RM51,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) dengan pilihan warna Aerolite Grey, Zephyr Blue dan Tactical Green. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.