RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Jun 2026

VOGE SR450X Curi Tumpuan Di Malaysia Bike Show 2026

Peminat skuter lasak/kembara di Malaysia kini mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila pihak Mforce Bike telah melancarkan VOGE SR450X di acara Malaysia Bike Show baru-baru ini. Sudah tentu kehadiran model baru ini merupakan antara tarikan utama acara dengan menawarkan bukan sahaja rekabentuk yang cukup mantap tetapi juga teknologi moden dan spesifikasi enjinnya.

Model baru ini dibangunkan untuk penunggang yang mahukan keselesaan sebuah skuter tetapi dengan imej dan keupayaan sebuah jentera adventure. SR450X disempurnakan dengan enjin parallel-twin 398cc sejukan cecair, menghasilkan 41.8hp pada 8,000rpm dan 42Nm tork maksimum pada 5,750rpm yang memberikan pecutan lebih lancar berbanding kebanyakan skuter satu silinder dalam kelasnya.

Rekabentuk hadapan menampilkan penghadang angin tinggi, crash bar, lampu LED penuh yang menjanjikan pencahayaan optimum tidak kira di waktu siang atau malam. Panel meter TFT berwarna 7-inci memaparkan segala informasi dengan cukup jelas.

Turut serta ialah kamera dash yang kini merupakan antara ciri-ciri 'wajib' yang wajar dimiliki untuk tujuan keselamatan. Selain itu, model ini juga dilengkapkan dengan sistem TPMS (Sistem Pemantauan tekanan Tayar), sistem ABS dua saluran, Traction Control, pemanas pendikit & pelana dan cermin penghadang angin elektronik.

Untuk menjamin prestasi khususnya di laluan berselekoh, SR450X didatangkan dengan siste saspensi KYB boleh laras dan brek-brek cakera jenama J.Juan dan Nissin. Tangkinya pula memang besar iaitu 18 liter manakala ruang simpanan bawah pelana juga bersaiz besar yang sesuai untuk perjalanan jauh. Untuk penunggang, pelana model ini juga lengkap dengan penahan pinggang untuk keselesaan.

Harga jualan untuk VOGE SR450X ialah RM29,888 dan meletakkan model ini sebagai salah satu skuter adventure 400cc paling lengkap dari segi spesifikasi dengan nilai jualan yang cukup kompetitif. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.