RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Jun 2026

Cyclone RT5 & RT2S Tiba Untuk Pasaran Negara - Bermula RM13,888

Cyclone Malaysia memperkenalkan dua model baharuiaitu  RT5 dan Cyclone RT2S sempena Malaysia Bike Show 2026 yang berlangsung di MAEPS Serdang. Pelancaran tersebut merupakan sebahagian daripada pameran besar-besaran Mforce MotoXperience 2026 yang turut menyaksikan pelbagai model baharu daripada jenama di bawah Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.

RT5
RT5

Kedua-dua model ini didatangkan dengan enjin 247cc satu silinder, empat lejang, DOHC dengan sistem pemnyejuk cecair. enjin transmisi jenis CVT ini mampu menghasilkan kuasa 26.1 hp (19.5kW) pada 8,500rpm dantork 24.5Nm pada 6,500rpm.

Dari segi sistem keselamatan pula, RT2S dan RT5 dilengkapi sistem ABS dua saluran dan Traction Control yang hadir sebagai kelengkapan standard. Dengan adanya teknologi ini dapat mempertingkatkan lagi tahap keselamatan pada kedua-dua jentera apabila melalui di jalan basah atau berpasir.

Walaupun berkongsikan spesifikasi enjin yang sama, Cyclone RT5 tampil sebagai sebuah skuter yang lebih premium. Model ini dilengkapi paparan meter TFT berwarna, kamera dashcam (depan), Blind Spot Detection, cermin sisi boleh lipat secara elektronik dan tongkat tengah yang boleh dinaikkan dan turunkan juga secara elektronik. Selain itu, model ini menggunakan tangki bahan api 18 liter yang sangat sesuai untuk tunggangan jarak jauh.

RT2S
RT2S

Manakala untuk RT2S pula menawarkan pakej yang lebih ringkas dan praktikal untuk tunggangan harian. Dengan berat yang lebih ringan iaitu 179kg (190kg: RT5)  sangat sesuai untuk penunggang yang mahukan sebuah skuter berkuasa tetapi mudah untuk dikendalikan di kawasan bandar. Tangki bahan api 12.6 liter masih mencukupi untuk tujuan mengembara.

Kedua-dua model ini hadir dengan suspensi dahapan jenis fork teleskopik dan penyerap hentak berkembar di belakang untuk keselesaan di pelbagai jenis jalan. RT5 turut menawarkan jarak kelegaan bumi yang lebih tinggi iaitu 155 mm berbanding 135 mm pada RT2S. Namun dari segi ketinggian pelana sama iaitu 750mm.

Cyclone RT2S ditawarkan pada harga RM13,888 dengan dua pilihan warna iaitu Prestige Black dan Strong Grey manakala Cyclone RT5 dijual pada harga RM16,888 yang hadir bersama tiga pilihan warna seperti Prestige Black, Strong Grey dan Alabaster White. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.