RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Jun 2026

Suzuki Malaysia Pertonton SV-7GX di KLIMS

Suzuki Malaysia hari ini menambah satu lagi model untuk dipamerkan di KLIMS 2026. 'Welcome' SV-7GX ke pasaran jentera kembara! Ya..model kembara terbaru dari Suzuki ini pastikan merancakkan lagi segmen adventure touring dengan rekabentuk yang cukup menarik.

Suzuki SV-7GX merupakan model 'crossover', dibangunkan berasaskan legasi jentera jalanan popular SV650 yang kini menggabungkan prestasi sporty, keselesaan kembara dan teknologi moden. Dari segi rekabentuk, ia mengambil inspirasi daripada Suzuki GSX-S1000GX yang menawarkan posisi menunggang yang menegak, fairing kiri kanan, pelindung tangan dan semestinya cermin pengadang angin boleh laras.

Lampu hadapannya jenis LED, direka cukup kemas dan menawarkan suluhan yang terang di waktu siang mahupun malam. Panel meter jenis TFT berwarna penuh yang memudahkan kita membuat pelbagai jenis talaan.

Ia disempurnakan dengan enjin 645cc, 4 lejang, 2 silinder berkembar, sistem penyejuk cecair, DOHC yang berkuasa 73hp pada 8,500rpm dan tork 64Nmm pada 6,800rpm. Prestasi enjin V-kembar ini telah pun terbukti menerusi pelbagai model termasuk SV650 yang direka berbentuk ramping, kompak dan tahan lasak.

Antara ciri-ciri elektronik yang bakal dinikmati iaiah:

  • Sistem Ride-by-Wire
  • Suzuki Drive Mode Selector (SDMS)
  • Sistem Traction Control
  • Sistem Quick Shifter dua hala
  • Sistem Easy Start
  • Low RPM Assist
  • Sistem ABS

Untuk disesuaikan sebagai jentera kembara, Suzuki memastikan pelananya yang setinggi 795mm itu lebih selesa untuk tunggangan solo mahupun berdua. Dengan adanya SDMS, penunggang dapat memilih mod tungangan dengan hantaran kuasa berbeza. Mod A memberikan tenaga yang paling padu dan responsif, Mod B pula lebih santai, linear dan sesuai untuk tunggangan harian/selesa manakala Mod C pula memberikan pecutan yang mudah dikawal, sesuai untuk hujan, jalan licin dan trafik sesak.

Buat masa ini, tiada harga rasmi yang dinyatakan oleh pihak Suzuki Malaysia dan RR jangkakan nilai jualan hanya akan dikongsikan pada hari pelancaran rasminya. Sama-samalah kita tunggu. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.