RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 Jun 2026

BRIXTON Sedia Mencabar Dengan 2 Model Baru - 625V dan Moucca 250

Brixton Motorcycles menambah koleksi jenteranya ke pasaran negara dengan melancarkan dua model serba baru iaitu dan Brixton Moucca 250. Kedua-dua model ini disasarkan untuk segmen yang berbeza. Brixton 625V merupakan model Cruiser yang ditawarkan pada harga RM26,888 manakala Brixton Moucca 250 pula adalah model skuter gaya klasik dengan nilai jualan RM12,888.

Brixton 625V
Brixton 625V

Brixton 625V hadir dengan enjin kembar-v bersesaran 578cc yang berkuasa sekitar 60hp pada 8,500rpm dan tork 60Nm pada 5,500rpm. Dari segi rekaan pula, model baru ini menampilkan pelana setinggi 700mm yang sesuai untuk semua jenis penunggang khususnya mereka yang inginkan keselesaan untuk perjalanan jauh atau konvoi santai di penghujung minggu.

Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh model ini:

  • Enjin V-Twin berkuasa 60hp
  • Transmisi 6-kelajuan + Slipper Clutch
  • Fork hadapan jenis USD
  • Sistem ABS
  • Lampu jenis LED
  • Panel meter digital
  • Tangki bahan api 20 liter
  • Port Pengecas USB

Brixton 625V pastinya menawarkan pengalaman menunggang jentera cruiser dengan lebih menyeronokkan. Tidak lupa juga pada rekabentuknya yang memang cukup unik dan prestasi enjin yang mantap.

Brixton Moucca 250
Brixton Moucca 250

Moucca 250 pula menarik hati ramai dengan rekaan gaya retro dari Eropah. Model ini adalah pilihan tepat untuk warga kota yang ingin menikmati tunggangan dengan lebih bergaya. Terdapat tiga pilihan warna antaranya Heritage Silver, Oxford Green dan Classic Black.

Skuter ini didatangkan enjin 244cc satu silinder  bersama sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa 24hp pada 8,250 rpm dan tork 24Nm pada 6,500 rpm.

Antara ciri-ciri menarik:

  • Lampu-lampu LED
  • Paparan meter TFT
  • Sistem kunci pintar
  • Soket USB Type-A & Type-C
  • Brek-brek cakera
  • Tangki bahan api 11.5 liter

Brixton Moucca 250 hadir dalam empat pilihan warna iaitu Enduro White, Backstage Black, Clockwork Orange dan Mint Green. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.