RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Jun 2026

Harga Rasmi BMW F 450 GS Trophy Diumumkan - Bermula RM39,900

BMW Motorrad Malaysia secara rasmi mengumumkan harga bagi BMW F 450 GS Trophy Baharu yang ditawarkan bermula RM39,900. F 450 GS Trophy merupakan model kembara yang sangat sesuai tunggangan harian, perjalanan jarak jauh serta pengembaraan ringan dalam satu pakej yang mudah dikendalikan.

Model ini didatangkan dengan enjin dua silinder baharu yang menghasilkan 48hp pada 8,750rpm dan tork 43Nm pada 6,750rpm. F 450 GS dipadankan bersama casis ringan dan kukuh bagi memberikan keseimbangan antara prestasi, keselesaan serta kawalan.  Dari segi teknologi pada model ini termasuk Easy Ride Clutch, Shift Assistant Pro, ABS Pro, Dynamic Traction Control dan Riding Modes Pro.

BMW F 450 GS Trophy Baharu hadir dalam kemasan GS Trophy Racing Blue Metallic bersama penghadang angin Rallye, pelindung tangan, pemiijak kaki offroad, pelindung enjin aluminium dan paparan TFT berwarna bersaiz 6.5 inci dengan fungsi Sport Screen. Turut disediakan ialah port USB-C untuk memeudahkan penunggang mengecas telefon bimbit ketika dalam perjalanan.

Bagi memudahkan pemilikan, BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan pelan pembiayaan dengan bayaran serendah RM568 sebulan berdasarkan pembiayaan 90% untuk tempoh tujuh tahun. Pembeli juga akan menikmati manfaat tambahan seperti Program Inklusif Minyak Enjin Premium, Program Inklusif Servis dan Program Sambungan Waranti yang ditawarkan oleh BMW Motorrad Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.