RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 Jun 2026

KTM 790 Duke 2027: Lebih Agresif....Kawalan Lebih Cekap

Untuk tahun 2027, model terbaru KTM 790 Duke hadir dengan tumpuan pengendalian yang lebih mantap dan gaya yang lebih agresif. Melihat dengan lebih dekat, kita akan dapati model baru ini memiliki persamaan yang cukup ketara dengan model yang lebih berkuasa, KTM 990 Duke dan KTM 1390 Super Duke R.

Dengan gelaran 'The Scalpel', model jalanan terbaru dari KTM ini tampil dengan rekaan lampu LED hadapan lebih tajam dan paling menarik perhatian.  Bahagian hadapan tampak lebih mantap dengan panel meter TFT baru yang kini bersaiz 5-inci, menggantikan unit 4.5 inci sebelum ini.

Menerusi panel meter baru ini, ia memaparkan segala informasi dan talaan dengan lebih jelas dan lebih mudah digunakan. Antara info menarik ialah Mod tunggangan (Rain, Street dan Sport), Paparan telemetri, Demo Mode, Tetapan Anti-Wheelie, penyambungan Bluetooth menerusi KTM connect dan kali ini, KTM turut memasang suis kawalan serba baru dengan lampu latar (backlit switchgear) bagi memudahkan penggunaan pada waktu malam.

KTM 790 Duke disempurnakan dengan enjin 799cc kembar-parallel LC8c yang menghasilkan kuasa tertinggi 105hp dan 87Nm tork. KTM ini juga telah mematuhi piawaian emisi Euro 5+ tetapi jangan risau, ia tidak mengorbankan prestasi keseluruhan yang terkenal dengan pecutan pantas dan respons pendikit yang tepat.

KTM 790 Duke masih kekal dengan penggunaan casis ringan, didatangkan dengan sistem saspensi WP APEX, yang memberikan karaktor pengendaliannya sesuai untuk tunggangan di jalan-jalan berselekoh mahupun penggunaan harian di bandar.

Bagi para peminat KTM khususnya, sememangnya tidak ada perubahan besar pada 790 Duke, sebaliknya pihak KTM memperkemaskan model ini dengan teknologi moden, paparan yang lebih besar serta rekaan lebih menarik.

Bagi penunggang yang mahukan sebuah naked bike berprestasi tinggi dengan elektronik lengkap dan pengendalian yang menyeronokkan, KTM 790 Duke baru ini mungkin antara pilihan terbaik. Tepuk dada tanya selera! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.