RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Ogos 2026

Triumph Motorcycles Malaysia Perkenalkan TRACKER 400 & THRUXTON 400 Baharu

Triumph Motorcycles Malaysia memilih acara Art of Speed baru-baru untuk melancarkan dua model terbaru untuk tahun 2026 iaitu Triumph Tracker 400 dan Thruxton 400. Dengan ketibaan kedua-dua model ini, ia menambah lagi pilihan untuk barisan model-model TR-Series.

Triumph Tracker 400 mengambil inspirasi daripada motosikal perlumbaan flat-track dengan rekaan tangki bahan api baru, windsheild kompak serta rekaan tayar yang memberikan penampilan lebih agresif. Bahagian hadapan nampak 'smart' dengan bar hendalnya yang lebar manakala posisi tempat letak kaki memberikan posisi menunggang yang padu.

Triumph Tracker 400 disempurnakan dengan enjin 398cc, sistem penyejuk cecair, silinder tungang yang berkuasa 41.4hp pada 9,000rpm dan tork 3.5Nm pada 7,500rpm. Sistem saspensi terdiri daripada fork hadapan jenis USD 3mm manakala di belakang terdiri daripada penyerap hentak tunggal dengan pelarasan pra-beban.

Tayar hadapan bersaiz 110/70 R17 manakala di belakang 150/60 R17 yang dipadankan dengan brek-brek cakera beserta sistem ABS. Model baru ini juga turut dilengkapkan dengan Torque-Assist Clutch dan Traction Control.

Model ini ditawarkan pada harga RM27,900 dengan tiga pilihan warna iaitu Racing Yellow, Phantom Black dan Aluminium Silver Gloss

Triumph Thruxton 400: Cafe Racer Generasi Baharu

Nama Thruxton sememangnya sinonim dengan warisan cafe racer Triumph, dan versi 400 ini mengekalkan identiti tersebut melalui penggunaan fairing hadapan, hendal jenis clip-on, cermin sisi bar-end dan posisi tunggangan yang lebih agresif.

Selain rekaan yang lebih sporty, Thruxton 400 turut menerima talaan casis yang memberikan pengalaman tunggangan lebih fokus ketika mengambil selekoh. Tempat letak kaki diposisikan lebih ke belakang manakala hendal lebih rendah bagi menghasilkan ergonomik ala jentera perlumbaan jalanan klasik.

Walaupun nampak gaya retro, model ini didatangkan dengan lampu-lampu jenis LED, sistem Ride-by-wire, sistem Traction control, sistem ABS dua saluran dan sistem Assist & Slipper Clutch.

Dari segi enjin, Thruxton berkongsikan spesifikasi yang sama dengan Tracker iaitu 398cc, sistem penyejuk cecair, silinder tungang yang berkuasa 41.4hp pada 9,000rpm dan tork 3.5Nm pada 7,500rpm.

Triumph Thruxton 400 boleh dimiliki pada harga asas RM29,900 juga dengan tiga pilihan warna terdiri daripada Phantom Black/Aluminium Silver, Pearl Metallic White/Storm Grey dan Metallic Racing Yellow.

Pelancaran Tracker 400 dan Thruxton 400 membuktikan komitmen Triumph untuk memperluaskan pilihan dalam segmen motosikal klasik berkapasiti sederhana. Dengan harga di bawah RM30,000, kedua-dua model menawarkan identiti yang berbeza. Bagi mereka yang mahukan gaya flat-track dengan karakter santai, Tracker 400 merupakan pilihan menarik. Sementara itu, kawan-kawan yang mengidamkan pengalaman cafe racer klasik dengan ergonomik lebih sporty, pasti akan tertarik dengan Thruxton 400. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.