RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 Ogos 2026

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Selain memperkenalkan varian standard, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut memperkenalkan model edisi terhad bagi Yamaha Y16ZR-R yang hadir dengan rekacorak pasukan Prima Pramac Yamaha MotoGP.

Menurut pihak Yamaha Malaysia, model edisi terhad ini hanya ditawarkan untuk pasaran negara sebanyak 3,000 unit sahaja pada harga bermula RM13,388 (tanpa insurans & pendaftaran).

Model ini menggunakan enjin satu silinder 155cc VVA dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkam kuasa maksimum 13.6kW pada 9,500rpm dan tork pula mencecah 14.4Nm pada 8,500 rpm. Walaupun spesifikasi enjin kekal sama, model ini hadir dengan ciri teknologi menarik iaitu sustem Traction Control yang membantu kawalam kuasa tork pada roda belakang ketika di laluan berpasir mahupun licin.

Selain menampilkan livery edisi terhad, model ini turut dilengkapi emblem nombor siri unik dan suspensi belakang jenis Öhlins yang dibangunkan dan ditala khusus untuk Y16ZR-R. Suspensi hadapan kekal dengan fork teleskopik.

Kelengkapan lain adalah lampu hadapan & belakang jenis LED, lampy DRL baharu, traction control, teknologi Connectivity Y-ON, sistem kunci pintar, Twin Funnek yang dipertingkatkan, paparan meter digital baharu, tayar hadapan 90/80 - 17, tayar belakang 120/70 - 17, kerangka jenis backbone, brek-brek cakera, sistem ABS, tangki bahan api 5.4 liter dan berat 124kg. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.