RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 16 Ogos 2026

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan bangganya melancarkan skuter maksi terbaru, Kymco Xciiting VS 400 baru-baru ini. Model yang telah dipertontonkan di Malaysia Bike Show sebelum ini hadir ke pasaran dengan menawarkan bukan sahaja rekabentuk yang menarik tetapi juga prestasi mantap untuk semua jenis tunggangan.

Kymco Xciiting VS 400 hadir dengan enjin 400cc, SOHC, 4-lejang, sistem sejukan cecair, silinder tunggal yang menghasilkan hantaran kuasa setingi 24.9k (33.4hp) pada 7,250rpm dan tork 37.5 Nm pada 5,750rpm.

Model baru ini juga didatangkan dengan ciri-ciri premium menarik seperti Sistem Traction Control, Sistem ABS (depan & belakang), cermin pengadang angin (dengan 5 tahap pelarasan), penyerap hentak belakang dengan pra-beban boleh laras, pelana dua ketinggian, ruang barang depan auto-lock, dan ruang barang bawah pelana bersaiz 29 liter.

Untuk pencahayaan optimum, Kymco Xciting VS 400 ini dilengkapkan dengan lampu-lampu LED di depan dan belakang. Bahagian hadapan juga tampak elegan dengan panel meter digital dan suis-suis yang tersusun kemas. Ruang kaki cukup luas dan posisi menunggang cukup natural untuk menjamin keselesaan untuk tunggangan jauh.

Skuter maksi dari Kymco ini ditawarkan pada harg RM27,988 dengan dua pilihan warna iaitu Flat Black dan Cerulean Blue. Dengan setiap pembelian model baru ini, pemiliknya akan menerima waranti kilang untuk 2 tahun atau 20,000km perjalanan (yang mana terdahulu). RR

Spesifikasi:

  • Penghidup: Elektrik
  • Isi tangki: 12.5 liter
  • Transmisi: CVT
  • Tayar hadapan: 120/70-15 + 2 x brek cakera + ABS
  • Tayar belakang: 150/70-14 +  x brek cakera + ABS
  • Tinggi pelana: 805mm
  • Berat: 213kg
  • P x L x T: 2,190 x 799 x 1,389mm
  • Tapak roda: 1,570mm

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.