RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Ogos 2026

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

MODA Motorcycles Malaysia secara rasminya memperkenalkan versi baharu Sporter S 250 selepas lebih setahun skuter tersebut berada di pasaran negara. Lebih menarik lagi, skuter ini bukan sahaja menerima kemaskini dari segi penampilan tetapi turut melibatkan teknologi, keselesaan dan praktikaliti.

Antara perubahan paling ketara ialah penggunaan cermin penghadang angin yang boleh dilaras secara elektronik menerusi butang kawalan di panel bar hendal. Ciri ini memberikan lebih fleksibiliti kepada penunggang untuk menetapkan tahap perlindungan angin mengikut keselesaan.

Bahagian panel meternya juga turut dinaiktaraf menerusi paparan TFT 7-inci yang lebih besar kini menyokong fungsi navigasi. Selain itu, Sporter S SKII turut disempurnakan dengan kamera hadapan bagi merakam setiap perjalanan.

Dari segi rekabentuk luaran pula, skuter ini dipadankan bersama winglet pada bahagian hadapan yang diinspirasikan daripada jentera superbike. Kelengkapan ini bukan sahaja memberikan rupa yang lebih agresif tetapi meningkatkan lagi ciri aerodinamik pada Sporter S 250.

Kedudukan cermin sisi aloi rekaan baharu turut diubah untuk memberikan pandangan yang lebih luas selain mengurangkan gegaran ketika menunggang yang terjadi pada model sebelum ini. Bahagian suspensi belakang menerima talaan semula untuk menawarkan keselesaan ketika memecut dan mengambil selekoh. Suis pelbagai fungsi baharu pada bar hendal pula memudahkan
penunggang mengawal fungsi utama pada skuter ini.

Walaupun menerima pelbagai pembaharuan, Sporter S SKII masih mengekalkan enjin 244cc satu silinder yang berkuasa 24.8hp pada 8,500rpm dan tork 22.5Nm pada 6,500rpm. Sistem ABS dua saluran dan Traction Control turut dikekalkan sebagai ciri standard.

MODA Sporter S SKII didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu White Porsch dan Titan Blue. Model ini sudah boleh didapati di pusat pengedar sah MODA seluruh negaran pada harga asas bermula RM17,998. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.