RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 November 2026

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Suzuki secara rasminya telah melancarkan Suzuki GSX-10R, sebuah jentera sportbike yang dibina berasaskan konsep "Fun. Unlimited." Ia direka khusus bagi merapatkan jurang antara sebuah jentera litar yang ekstrem dengan memiliki jentera peribadi yang sesuai untuk tunggangan harian serta kembara di hujung minggu.

GSX-10R ini hadir dengan enjin 999cc empat silinder sebaris DOHC, sistem penyejuk cecair yang ditala untuk mematuhi piawaian emisi Euro 5+. Asas enjin ini diambil daripada blok legasi "K5" yang sangat terkenal dengan daya tahan, padu dan kekuatan tork di peringkat pertengahan.

GSX-10R menghamburkan kuasa setinggi 150hp pada 11,000rpm dan tork maksimum 106 Nm pada 9,250rpm. Kuasanya sememangnya ditala lebih linear, rendah tetapi cukup lancar berbanding abangnya GSX-R1000R yang berkuasa 192hp.

Walaupun mesra jalanan, rupa parasnya tetap garang dengan gaya full-fairing sportbike. Suzuki memadankan jentera ini dengan winglet aerodinamik pada fairing sisi untuk kestabilan maksimum kelajuan tinggi, rekaan lampu LED tajam, serta sistem Suzuki Ground Beacon System (SGBS) untuk pencahayaan lampu isyarat yang lebih jelas.

Dari segi ergonomik, posisi menunggangnya condong ke hadapan seperti menunggang jentera sportbike sebenar, tetapi pelananya ya g setinggi 810 mm yang lebih rata dan empuk untuk keselesaan perjalanan jauh. Kapasiti tangki bahan api 18 liter juga sangat ideal untuk para peminat touring.

Jentera seberat 214 kg ini sarat dengan 15 fungsi kawalan elektronik di bawah Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.). Antaranya Mod Tunggangan, Slide Control System, Brake Hold Control, Bi-directional Quickshifter & Cruise Control. Semua talaan dan informasi terpapar dengan jelas menerusi paparan meter TFT berwarna penuh Untuk memudahkan perjalanan, panel meter GSX-10R ini juga lengkap dengan sistem navigasi.

Fork hadapan KYB 43mm laras penuh, angkup brek Brembo, serta tayar Bridgestone Battlax Hypersport S23 saiz 190/55 di belakang yang membolehkan jentera ini meratan setiap selekoh dengan penuh keyakinan.

RR sempat bertanyakan kepada pegawai Suzuki yang bertugas di EICMA dan beliau menyatakan bahawa GSX-10R ini direka untuk pencinta jentera sport yang tidak perluka  enjin berkuasa tinggi (hanya sesuai untuk kegunaan litar) tetapi buat mereka yang ingin menunggang relaks, santai tetapi mampu memecut jika 'diajak' berentap! RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.