Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Kemunculan siri Zontes 552 di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2026 di Milan, Itali, memperlihatkan usaha pengeluar motosikal dari China itu untuk menawarkan pilihan skuter maksi berkapasiti lebih besar. Antara model yang diperkenalkan ialah Zontes 552Z yang menampilkan konsep sport touring dengan gabungan gaya sporty dan keselesaan untuk perjalanan jarak jauh.


Zontes 552Z merupakan salah satu daripada empat varian dalam keluarga 552 yang turut merangkumi 552G, 552S dan 552H. Setiap model menawarkan karakter berbeza mengikut keperluan penunggang. Namun, 552Z tampil dengan rekaan lebih sporty tetapi masih mengekalkan ciri sebuah skuter touring.


Skuter ini menggunakan enjin dua silinder sebaris 531cc, 4-lejang dengan sistem penyejukan cecair. Enjinnya mampu menghasilkan kuasa maksimum 46.9hp pada 7,250rpm dan tork 56Nm pada 5,500rpm.


Zontes 552Z turut dilengkapi beberapa sistem elektronik iaitu Ride-by-Wire, dua mod tunggangan, Cruise Control, cermin penghadang angin elektronik, Traction Control dan ABS dua saluran. Selain itu, terdapat juga sistemTPMS, meter TFT, sistem kunci NFC dan ciri connectivity.


Antara kelengkapan lain pula adalah tinggi pelana 770mm, lampu-lampu LED, ruang simpanan bawah pelana, berat 198kg, tangki 16 liter, tayar hadapan 120/70R17 dan tayar belakang 160/60R15.


Model ini dijangka masuk padaran negara pada suku tahun kedua 2027 yang berkumungkinan ditawarkan pada harga asas bawah RM40k. RR
















