RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Jun 2018

Curtiss Zeus E-Cruise: Serlahkan Kebijaksaan Dalam Rekaan

Sempena pameran berprestij, The Quail Motorcycle Gathering yang diadakan di Carmel, California pada awal Mei lalu, Curtiss Motorcycle Company dengan penuh keterujaan telah melancarkan sebuah jentera alaf baru yang bakal mengubah dunia motosikal. Model berkuasa elektrik baru ini menawarkan keseronokan, keanggunan dan memiliki prestasi yang sama taraf dengan jentera jalanan biasa.

Curtiss, jenama yang diasaskan pada tahun 1902 oleh seorang lagenda motosikal dan perintis dunia penerbangan, Glenn Curtiss yang cukup berkaliber. Walaupun amat berjaya pada mulanya, beberapa masalah yang timbul menyebabkan jentera Curtiss tidak dapat dilihat di pasaran untuk suatu jangka masa yang lama. Kini, segalanya kembali hebat dan kembali segar apabila Curtiss 'dihidupkan' semula oleh sebuah syarikat yang dahulunya terkenal dengan nama Confederate Motorcycles. Antara projek terawal mereka ialah menerusi hasil kerja cukup kreatif oleh Jordan Cornille iaitu motosikal Curtiss Zeus.

Matt Chambers (kiri) bersama Jordan Corenille.
Matt Chambers (kiri) bersama Jordan Corenille.

“Cerita bagaimana saya dapat bekerja di Confederate memang agak unik. Saya sememangnya sangat sukakan jentera Confederate dan ia antara sebab utama saya mengambil bidang rekaan. Selepas tamat pengajian, saya telah memohon bekerja di beberapa tempat kecuali Confederate kerana pada fikiran saya ianya mustahil. Sedang bersiap sedia untuk menerima satu tawaran, saya cari alamat Confederate di internet dan terus emailkan hasil kerja saya kepada En. Chambers. Tepat 36 minit selepas itu, saya mendapat panggilan daripada En. Chambers yang katakan dia suka dengan rekaan saya dan kini saya di sini bersamanya dalam pasukan serba baru,” kata Jordan.

Zeus diperkenalkan dengan rekaan dan DNA baru yang mentakrifkan bahawa Curtiss kini bersedia untuk mengumumkan dunia pasaran motosikal. Ketika di tapak pameran, Curtiss ini telah pun Matt Chambers (kiri) bersama Jordan Corenille diiktiraf sebagai The Most Innovative Motorcycle oleh pereka motosikal lagenda Craig Vetter, Paul d'Orleans (seorang wartawan berpengalaman serta ramai lagi. “Ini adalah suatu yang sangat hebat. Ramai peminat motosikal menunggu model ini kerana rekaan yang cukup luar biasa,” kata salah seorang hakim dalam acara tersebut.

“Zeus merupakan bukti hasil kerja keras, ketekunan dan semangat berpasukan. Ini adalah satu ciptaan yang mengembalikan kemahsyuran rekabentuk jentera-jentera dari Amerika,” ujar Jordan Corenille.

Berikutan ianya masih dibangunkan, spesifikasi yang lebih terperinci belum lagi dikeluarkan cuma apa yang pasti, jentera ini dihidupkan oleh pek bateri litium-ion berkuasa 14.4kW dan merupakan model pertama di dunia yang menggunakan unit kuasa berkembar E-Twin. Hasil kreativiti tersebut, ia menawarkan tahap pecutan yang lancar dan cukup segar. Pacuan akhir jentera E ini ialah rantai, sangat berbeza dengan motosikal-motosikal elektrik lain yang selalunya menggunakan sistem tali sawat. Untuk tunggangan yang mantap, Zeus turut disempurnakan dengan penggunaan tayar-tayar Pirelli Diablo Rosso yang pasti hebat.

Zeus dikemaskan dengan warna perak dan keunikan rekabentuk jelas dilihat hampir dari semua arah dari sistem saspensi depan, belakang, pelananya yang mendatar dan rekabentuk bar hendal. Paparan meternya bagaikan sebuah telefon pintar yang dilekatkan dengan mudah. Tempat pemijak buat penunggang dan pembonceng cukup ringkas dan melihat pada sudut di antara bar hendal dan tempat pemijak (penunggang), kita dapat mengagak, posisi menunggangnya agak sporty tetapi masih selesa .

“Kami akan memastikan Curtiss Motorcycle Company akan menumpukan perhatian dalam penghasilan jentera elektrik yang anggun tetapi mampu milik dan Zeus ini adalah permulaannya,” kata CEOnya, Matt Chambers.

Model-model Curtiss menggunakan sistem rekaan modular dan pakej pek kuasa yang dimilikinya lebih ringan serta mantap berbanding apa yang digunakan pada jentera EV lain. Dari segi geometri dan ergonomik, Zeus ini memastikan pemiliknya kelak mampu mengawal segala pergerakan tanpa perlu bersusah payah terutamanya ketika memecut ke tahap tertinggi.

Menurut Jordan Cornille, mereka percaya bahawa kejuruteraan motosikal elektrik adalah suatu yang pasti di masa hadapan dan amat penting Curtiss Motorcycle Company untuk memasuki pasaran secepat mungkin. Buat masa ini, belum ada lagi syarikat pengeluar motosikal EV yang mempunyai jentera penuh gaya, custom dan unik seperti apa yang dimiliki oleh Curtiss dan ia adalah satu kelebihan. Dengan adanya pembekal pek kuasa yang turut bersama-sama bersemangat dalam mencapai pembaharuan dunia motosikal ini, segala usaha semakin mudah.

Walaupun rekaan jentera ini tertumpu pada tahap kreativiti yang tinggi, keselesaan dan keselamatan penunggang sentiasa diutamakan. Sasaran dan impian kami ialah untuk jadikan Curtiss sebuah jentera Hot Rod yang mengagumkan. Seperti yang telah dikatakan, Zeus merupakan konsep dan langkah pertama,” tambah Matt Chambers. RR

Laporan: Alan Cathcart Kredit Foto: Phil Hawkins

Isu Pada

Jun 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.