RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Mei 2017

TRK 502, 302R & RFS 150i Tiga Taruhan Baru Dari Benelli

Benelli Malaysia terus melangkah dalam industri motosikal negara dengan memperkenalkan tiga model terbaru yang pastinya memberikan lebih banyak pilihan buat pencinta motosikal di Malaysia. TRK 502 , 302R dan RFS 150i telah dilancarkan pada awal April lalu dengan menyasarkan penjualan untuk ketiga-tiga model ini sekitar 2,500 unit pada tahun ini.

Ketiga-tiga model baru Benelli diperkenalkan dalam majlis yang cukup meriah.
Ketiga-tiga model baru Benelli diperkenalkan dalam majlis yang cukup meriah.

Dengan kerjasama yang terjalin di antara Benelli dan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jentera Benelli di Malaysia, para pemilik dan bakal pemilik jentera ini pastinya akan menerima perkhidmatan lepasan jualan yang lebih baik. En. Asri Ahmad ( Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings) menegaskan bahawa mereka mempunyai perancangan yang teliti untuk menaikkan nama Benelli di pasaran negara. Selain billboard yang akan dinaikkan di seluruh negara, semua pusat servis SYM di seluruh negara kini bersedia untuk membuat servis dan talaan jentera Benelli 302R Benelli pada bila-bila masa.

TRK 502
TRK 502

Benelli TRK 502 merupakan sebuah jentera yang dicipta khas untuk perjalanan biasa dan pengembaraan. Model ini menawarkan enjin dwi silinder bersesaran 500cc yang berkuasa 47hp pada 8,500rpm dan tork 45Nm pada 5,000rpm. Pastinya jentera sebegini mempunyai posisi tunggangan yang selesa. Ia lengkap dengan sistem saspensi hadapan fork jenis terbalik yang menjanjikan penyerapan lebih memuaskan di setiap jenis permukaan.

Dengan isi tangki sebesar 20 liter, perjalanan pastinya lebih jauh dan lebih meyakinkan. TRK 502 didatangkan dengan tiga variasi warna iaitu putih, kelabu graphite dan merah/hitam yang ditawarkan pada harga dari RM28,888 hingga RM30,588 (termasuk GST).

302R
302R

Minat jentera supersport? Benelli 302R yang diilhamkan daripada warisan jentera perlumbaan Benelli pastinya menarik minat ramai. Model baru ini disempurnakan dengan casis yang bertegaran tinggi untuk berada di jalanan biasa dan selekoh dengan mantap sekali. Model baru ini menawarkan kuasa setinggi 28kW pada 10,000rpm dan tork 27.4Nm pada 9,000rpm yang memberikan pecutan pantas dan mengujakan.

Benelli 302R ditawarkan pada harga RM21,888 (tidak termasuk GST) dengan iga pilihan warna iaitu putih/merah, hitam merah dan hijau perang.

RFS 150i
RFS 150i

Pastinya RFS 150i adalah jentera yang dinanti-nantikan! Ia merupakan super moped pertama dari Benelli yang dihasilkan menerusi kejuruteraan syarikat dari Itali ini. RFS yang bermaksud Rider For Speed ini dilengkapi dengan enjin 149cc, empat lejang, SOHC, sistem suntikan bahan api dengan transmisi 6 kelajuan. Benelli ini menggunakan tiga palam pencucuh yang menjadikan proses penghamburan kuasa dapat dilakukan dengan lebih tepat dan efisien.

Rekabentuk luarannya garang dan sporty membolehkan para penunggang memacu di jalanan dengan lebih yakin dan bergaya. Ingin menunggang dengan puas bersama RFS? Ia dijual pada harga RM6,988 untuk spesifikasi standard dengan empat pilihan warna iaitu merah, kuning, biru dan kelabu matte. Harga pasaran untuk model Edisi Khas pula ialah RM7,338.

Dari kiri: Ilaria Coratti, Giacomo Micheli, dan Sacha De Ritis mendendangkan alunan muzik yang cukup merdu sekali di majlis pelancaran.
Dari kiri: Ilaria Coratti, Giacomo Micheli, dan Sacha De Ritis mendendangkan alunan muzik yang cukup merdu sekali di majlis pelancaran.

“Saya amat yakin dengan kerjasama ini dan inilah arah tuju yang kami cari selama ini. Benelli merupakan satu jenama yang sudah berada di pasaran motosikal dunia lebih daripada 100 tahun dan pastinya kami sentiasa inginkan kejayaan yang terus dapat dicapai dari masa ke semasa,” kata Ketua Pengawai Pemasaran Benelli America, Asia dan Rantau Africa, En. Dante Richard Bustos.

Demi memastikan produk-produk Benelli lebih dekat dengan para pengguna, Benelli Exclusive Station atau B.E.S.T yang merupakan sebuah kedai konsep juga akan diperkenal pada tahun ini.

Majlis pelancaran jentera Benelli ini turut dimeriahkan dengan pengenalan empat buah topi keledar terbaru keluaran LS2 iaitu Arrow C Evo Indy, Verso, Valiant dan Spitfire. Keistimewaan dan ciri-ciri menarik topi keledar keluaran LS2 ini disampaikan oleh Pengurus Produk dan Perlumbaan LS2, En. Andrea Desantis. RR

Isu Pada

Mei 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia