RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Ogos 2018

Suzuki Lancar Model Cafe Racer SV650X

Jentera Café Racer semakin hari semakin mendapat tempat di hati para peminat motosikal di seluruh dunia. Selain menawarkan rekabentuk yang unik, para penunggang Café Racer pula sering mendapat perhatian dengan gaya penampilan tersendiri dan cukup istimewa. Kepantasan, teknologi moden bukan perkara pokok dalam penghasilan jentera ini tetapi gaya penampilan yang anggun dan unik sangat diutamakan.

Untuk terus bersaing dalam segmen jentera jalanan khususnya Café Racer, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan model terkini iaitu Suzuki SV650X yang dijangka berada di pasaran tidak lama lagi. Model yang cukup istimewa ini dikuasakan oleh enjin V-kembar 645cc yang dilengkapi dengan Low RPM Assist untuk membantu penghantaran kuasa terus lancar walaupun di dalam putaran enjin yang rendah. Ini menjadikan tunggangan di dalam bandar lebih menyeronokkan.

Pengurus Bahagian Jualan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd, En. David Loh bergaya di atas Suzuki SV650X.
Pengurus Bahagian Jualan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd, En. David Loh bergaya di atas Suzuki SV650X.

SV650X didatangkan dengan lampu utama berbentuk bulat, diperkemaskan dengan beberapa bahagian yang direka cukup retro seperti pelana jenis Tuck Roll dengan kemasan Streamline dan cukup empuk. Rekabentuk ekzos SV650X ini juga unik serta skima warna kelabu/hitam yang pasti menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. Model baru Suzuki ini diimport sepenuhnya dari Jepun dan ditawarkan pada harga asas RM41,800 dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer perjalanan (yang mana terdahulu).

Pada hari yang sama, pihak Suzuki turut menganjurkan Track Day terbuka buat para peminat jentera Suzuki yang diadakan di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC). Para peserta yang telah mendaftar secara online diberi peluang untuk menguji tiga jenis model mengikut pilihan masing-masing. Antara model-model yang telah disediakan ialah Hayabusa, GSX-R1000RA, GSX-R1000A, GSX-S1000FA, GSX-F750A, DL 650A, SV650A dan Burgman 400A.

“Saya memang selalu ke litar ini kerana ikuti kelas menunggang advance dengan motosikal berkuasa tinggi. Memang seronok dengan penganjuran ini tetapi saya harap agar pihak Suzuki dapatlah membahagikan kumpulan-kumpulan penunggang mengikut tahap kecekapan masing-masing. Apabila bercampur, penunggang pengalaman yang lebih laju terpaksa membrek keras beberapa kali kerana penunggang biasa di depan sering menekan brek dan tidak berada di laluannya dengan betul,” kata Jason dari Singapura.

“Program yang dianjurkan ini amat baik. Saya datang ke sini dengan menunggang Suzuki GSX-R K9 dan telah menguji model GSX-R. Model ini sangat mengagumkan kerana memiliki kelajuan yang mantap, kawalan di selekoh yang mudah dan menerusi acara ini, segala informasi mengenai teknologi motosikal dan selok belok enjin dapat dikongsi bersama,” kata Ahmad Faizi dari Seremban. RR

Isu Pada

Ogos 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia