RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Ogos 2018

Moto Guzzi V7 III Carbon

Didi Resources Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar rasmi jenama Moto Guzzi di Malaysia melancarkan ahli baru keluarga model Moto Guzzi V7 III iaitu V7 III Carbon. Model yang berharga RM74,900 ini hanya dikeluarkan sebanyak 1921 unit sahaja (bersempena dengan penubuhan Moto Guzzi pada tahun 1921) di seluruh dunia dan Malaysia amat bertuah kerana memiliki enam buah daripadanya.

Para VIP melancarkan Moto Guzzi V7 III Carbon.
Para VIP melancarkan Moto Guzzi V7 III Carbon.

Model edisi terhad ini masih mengekalkan quality dan nilai prestij jentera V7 asli seperti komponen-komponen gentian karbon, fender pendek lebih cantik dan fairing sisi yang menyerlahkan lagi rekabentuknya. V7 III Carbon disempurnakan dengan warna luaran Matt Black dengan kemasan beberapa bahagian berwarna merah seperti angkup brek Brembo, logo di fairing sisi dan lambang Eagel pada tangkinya. Kepala silinder yang juga diperanggunkan warna merah manakala pelana kini dipasangkan dengan lapisan kalis air terbaru Alcantara yang cukup sesuai untuk tunggangan pada apa juga jenis cuaca. Untuk tampak lebih eksklusif, nombor sirinya diletakkan pada satu sudut di bar hendal.

Model V7 sentiasa menjadi kegemaran para pencinta motosikal kerana pelbagai keistimewaan. Selain menawarkan enjin yang mantap dan tahan lasak berkuasa 52hp pada 6,200rpm dan tork 60 Nm pada 4,900rpm, Moto Guzzi V7 memiliki pengendalian yang mantap dan mudah. Casisnya yang bertegaran tinggi menawarkan kualiti tunggangan cukup stabil dan mengasyikkan. Untuk disesuaikan dengan peredaran masa, V7 dilengkapi dengan teknologi terkini seperti sistem traction control, platform multimedia dan sistem ABS.

Majlis pelancaran model baru ini telah diadakan bersempena acara Ram Jam Festival anjuran The Gasket Alley pada pertengahan Julai lalu. Ram Jam Festival merupakan ‘pesta’ yang mengumpulkan para pencinta seni, motosikal, trak dan kereta klasik yang dahulunya pernah menggegarkan dunia seperti Ducati 916 Senna, Yamaha TZR250, Suzuki Katana, Ducati D1000S dan macam-macam lagi yang masih dipelihara dengan baik. Turut menceriakan lagi festival tersebut ialah alunan muzik rancak ‘live band’ dan semestinya pelbagai menu menarik. RR

Isu Pada

Ogos 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.