RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Julai 2020

BMW S 1000 RR Diperkenalkan

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan jentera berprestasi tinggi serba baru iaitu BMW S 1000 RR. S 1000 RR terkenal dengan gelaran The King of the Isle of Man TT dan untuk edisi terbaru ini, ia dijana dengan enjin 4 silinder, 999cc, sistem penyejuk cecair yang disempurnakan dengan teknologi BMW ShiftCam. Kemantapan prestasi enjinnya terbukti dengan kuasa maksimum setinggi 152kW pada 13,500rpm dan tork 113Nm pada 11,000rpm.

“Setiap model yang diperkenal oleh BMW Motorrad direka dengan ketepatan tertinggi demi memberikan prestasi terbaik tidak kira di jalanan biasa mahu pun di litar perlumbaan. Kehadiran Model S 1000 RR baru ini telah mempertingkatkan tanda aras penciptaan jentera sport baru dengan enjin yang berprestasi tinggi serta rekabentuk yang aerodinamik. Bersempena dengan sambutan Aidilfitri 2020, BMW Motorrad amat berbesar hati untuk melancarkan varian kedua model ikonik ini,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, En. Harald Hoelzi.

Ketua BMW Motorrad Malaysia, En. Owen Riley berkata, “Tahun lalu telah menyaksikan lebih daripada 100 pemilik motosikal baru dalam segmen jentera Superbike di Malaysia dan diikuti pula dengan pelancaran model S 1000 R yang cemerlang pada perlumbaan MotoGP di SIC tahun lalu. Kejayaan tersebut telah membuka laluan buat 'ahli' terkini keluarga BMW iaitu S 1000 RR,” kata En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad.

Selain memiliki tubuh badan yang menarik, enjin BMW 1000 RR dilengkapi dengan sistem elektronik terbaru seperti mod tunggangan iaitu Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro. Antara sistem elektronik moden lain yang turut dipadatkan pada jentera baru ini adalah Dynamic Traction Control (DTC), ABS Pro, Hill Start Control (HSC), HP Shift Assistant Pro, BMW Motorrad Integral ABS, paparan meter TFT 6.5 inci, kerangka jenis 'Flex Frame’ dan lampu-lampu LED.

BMW S 1000 RR ini didatangkan dalam dua warna pilihan menarik iaitu Racing Red dan Hockenheim Silver Metallic yang ditawarkan pada harga RM116,500. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.bmw-motorrad.com.my. RR

Isu Pada

Julai 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.