RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 Jun 2017

Honda Wave 125i Baru Selesa & Jimat

Slogan ' A Class of Your Own' sudah cukup untuk menggambarkan keunggulan model baru Honda Wave 125i yang diperkenalkan oleh Boon Siew Honda (BSH) bulan lalu yang kini menjanjikan keselesaan dan kecekapan penggunaan bahan api. Model ini juga telah menerima pengiktirafan daripada JPJ sebagai Kenderaan Cekap Tenaga atau EEV (Energy Efficient Vehicle).

Rekaan luaran Honda Wave 125i baru ini lebih segar dan lebih ranggi – sesuai untuk penunggang generasi kini. Model ini didatangkan dengan enjin 124.9cc dengan Programmed Fuel Injection (PGM-FI) untuk memastikan tindak balas lebih efisien dan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan. Tangki bahan api Wave 125i ini juga cukup besar (5.4L) yang membolehkan kita bergerak lebih daripada 250 kilometer dengan mudah sekali.

Wave 125i juga merupakan satu-satunya jentera cub di pasaran negara yang mempunyai kebuk-U sebesar 18 liter yang boleh memuatkan barangan peribadi dengan lebih selamat sepanjang perjalanan dan ruang ini juga mampu menampung topi keledar full-face). Pelana model ini juga direka lebih besar bertujuan untuk memberi keselesaan semasa perjalanan jauh.

Jentera baru ini ditawarkan pada harga RM6,263.54 (brek cakera tunggal) dan RM6,549.74 (Dwi Brek Cakera) termasuk GST tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Pembelian turut menerima jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000km dan waranti satu tahun atau 10,000km untuk enjin (yang mana terdahulu).

Honda Wave 125i ini didatangkan dalam tiga warna premium menarik iaitu Candy Scintillate Red, Pearl Nightfall Blue dan Sword Silver Metallic. RR

Isu Pada

Jun 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.