RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 Jun 2017

BMW Perkukuh Kedudukan Dengan Tiga Model Baru

Dengan memiliki barisan jentera yang mantap serta pasukan pemasaran yang dinamik, penjualan jentera BMW pada tahun 2016 telah mencapai angka yang cukup memberangsangkan. Sebagai tanda terima kasih daripada BMW Motorrad Malaysia kepada para pelanggan setia, satu majlis makan malam santai iaitu BMW Motorrad Nightfuel telah diadakan pada pertengahan April lalu. Lebih membanggakan, penganjuran kali ini telah menerima kehadiran lebih daripada 400 buah jentera BMW yang hadir dari seluruh pelusuk negara.

Dari kiri: En. Ooi, En. Owen dan En. Sashi bergaya di sebelah model terbaru R nineT Racer.
Dari kiri: En. Ooi, En. Owen dan En. Sashi bergaya di sebelah model terbaru R nineT Racer.

“Ideanya ialah untuk mewujudkan persekitaran dan perjumpaan yang casual serta tidak formal di mana para penunggang motosikal dapat bersama-sama menghabiskan masa dengan kenalan. Pada masa yang sama, malam ini juga kami memilih untuk memperkenalkan tiga model terbaru iaitu BMW R nineT, BMW R nineT Racer dan BMW R nineT Pure,” kata Pengurus Besar BMW Motorrad, Mr. Owen Riley.

Acara yang cukup meriah ini merupakan penganjuran kedua selepas menerima sambutan yang cukup menggalakkan pada tahun lalu, pihak BMW Motorrad tidak lagi ragu-ragu untuk mengadakan penganjuran kali kedua. Program yang berlangsung kira-kira jam 7.30 malam itu dimulakan dengan persembahan mantap kumpulan muzik NRG (Name, Reputation & Glamour) menerusi lagu-lagunya yang diminati ramai. Dua buah food truck juga telah disediakan oleh pihak BMW yang menawarkan makanan-makanan cukup lazat seperti nasi lemak, burger, nachos, kepak ayam BBQ, chicken chop, oyster dan banyak lagi.

BMW R nineT
BMW R nineT

Kemuncak acara pada malam tersebut ialah pelancaran tiga model terbaru yang digelar BMW Heritage Models iaitu R nineT, R nineT Pure dan R nineT Racer dengan enjin bersesaran 1,170cc. BMW R nineT adalah model yang dinaik taraf dengan jelas bagi menggambarkan zaman kegemilangan BMW Motorrad. Menerusi rekabentuknya, kita dapat mengenal pasti kepintaran dan kebijaksanaan perekanya untuk memastikan penjelmaan semula model ini dihargai oleh seluruh pencinta motosikal.

Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh model R nineT ini ialah ia didatangkan dengan penunjuk kelajuan berkembar dan alat pengesat pecutan. BMW juga telah bekerjasama dengan syarikat pengubahsuai motosikal terkenal, Roland Sand bagi menawarkan program aksesori terbaru yang dinamakan 'Machined' khusus untuk pengubahsuaian model BMW R nineT. Model ini dijual pada harga RM101,900 (termasuk GST, tanpa kos atas jalan).

BMW R nineT Pure
BMW R nineT Pure

BMW R nineT Pure pula menampilkan rekaan roadster sebenar yang kini lebih anggun, ringkas yang disempurnakan dengan gaya klasik yang cukup menarik. Model R nineT Pure juga merupakan platform terbaik buat mereka yang ingin melakukan pengubahsuaian unik seperti warna, penambahan aksesori dan lain-lain lagi. BMW R nineT Pure ditawarkan pada harga RM82,900 (termasuk GST, tanpa kos atas jalan).

BMW R nineT Racer
BMW R nineT Racer

R nineT Racer pula merupakan sebuah jentera yang akan mengembalikan nostalgia jentera cafe racer tahun 1970an. Jelas dapat dilihat menerusi rekaan meter bulatnya, posisi menunggang yang lebih agresif dan lebih sporty dengan bunyi sistem ekzos serba baru yang diletakkan di sebelah kiri.

Bagi pelanggan yang mahu terus melakukan ubah suai, motosikal sport klasik itu turut ditawarkan dengan tempat duduk untuk pembonceng. Selain alat ganti gentian karbon HP untuk penutup bahagian belakang, madgad, penutup rantai pemasaan, penutup kepala silinder, penutup penghidup enjin, cagak navigasi dan banyak lagi. Model R nineT Racer boleh dimiliki pada harga RM88,900 (termasuk GST, tanpa kos atas jalan).

Selain memperkenalkan model baru, acara pada malam itu turut dimeriahkan dengan kuiz-kuiz menarik yang menawarkan hadiah- hadiah hebat daripada BMW Motorrad Malaysia. Suasana ruih rendah dengan gelak tawa para hadirin yang cukup berpuas hati dengan penganjuran kali ini.

“Saya menunggang jentera BMW R 1200GS sejak dua tahun yang lalu dan memang ia sebuah jentera yang cukup sesuai untuk semua jenis perjalanan. Saya sering bermotor dengan isteri saya dan dia juga amat sukakan keselesaannya,” kata En. Ma dari Cheras.

Bagi penunggang baru seperti En. Faozie pula, pengendalian yang mudah jentera-jentera BMW ternyata membantunya untuk mahir dengan lebih cepat. “Saya sekarang menunggang model S 1000 XR dan ini merupakan motosikal BMW kedua saya. Sebelum ini saya telah pun memiliki R 1200 RT LC yang cukup besar sekali buat penunggang baru seperti saya. Walaupun begitu, mengendalikannya cukup mudah sekali dan ini menyebabkan saya terus jatuh cinta dengan BMW,” katanya. RR

Isu Pada

Jun 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700