RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 November 2018

Tiga Model Baru Ducati Rancakkan Saingan Pasaran

Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia telah melancarkan tiga model baru yang penuh gaya dan berprestasi tinggi iaitu Ducati Panigale V4 & V4 S, Multistrada 1260 S dan Monster 821. Majlis pelancaran yang penuh meriah tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Automotif) Naza Corporation Holdings, Dato' Samson Anand George, Ketua Bahagian Motosikal (Kumpulan Automotif Naza), En. Nazman S.H.C Yusof dan Pengarah Serantau Pemasaran dan Jualan Asia Ducati Motor, En. Dominique Cheraki.

Dari kiri: En. Nazman S.H.C Yusof, En. Dominique Cheraki & Dato’ Samson Anand George melancarkan tiga model baru Ducati.
Dari kiri: En. Nazman S.H.C Yusof, En. Dominique Cheraki & Dato’ Samson Anand George melancarkan tiga model baru Ducati.

“Menggabungkan gaya dari Itali, jentera Ducati direka dengan menawarkan prestasi dan ketahanan hebat yang sesuai untuk kegunaan di Malaysia. Dari jalan raya yang sesak hinggalah ke laluan berliku menuju ke pinggir bandar, jentera Ducati dibina untuk menangani segala jenis permukaan jalan,” kata  Dato' Samson Anand George.

Panigale V4 disempurnakan dengan enjin Desmosedici Stradale yang direka berasaskan jentera terulung Desmosedici GP. Model yang dicipta hasil kerjasama dengan Ducati Corse ini adalah jentera jalanan yang memiliki sifat-sifat paling dekat dengan apa yang digunakan di MotoGP. Panigale V4 menawarkan kuasa maksimum setinggi 214 hp pada 13,000rpm dan tork 12.6 Kgm pada 10,000 rpm.

Selain keanggunan jentera ini yang hadir dari setiap sudut, Ducati ini turut dipadatkan dengan teknologi terkini yang bukan sahaja mempertingkatkan keupayaannya tetapi juga menjamin keselamatan penunggang. Ia temasuklah kawalan gelungsur ketika membrek, ABS Cornering pada tayar hadapan, Ducati Quick Shift (DQS), lampu-lampu LED yang cukup cerah dan banyak lagi. Ducati Panigale V4 ditawarkan pada harga bermula RM129,900 manakala V4 S pula pada harga bermula RM169,900.

Model Ducati Multistrada 1260 S pula direka khusus untuk para pencinta motosikal yang inginkan pengembaraan yang hebat. Pengendalian yang hebat dan keselesaannya adalah kunci utama mengapa ia cukup sesuai untuk semua jenis perjalanan. Model yang ditawarkan pada harga RM129,900 (Merah) dan RM130,900 (Kelabu) ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden seperti Bosch IMU (Inertial Measurement Unit), sistem saspensi Skyhook separa-aktif, Ducati Cornering Lights, Ducati Wheelie Control (DWC), sistem Ride-by-Wire dan Ducati Quick Shift (DQS).

Model ikonik, Ducati Monster 821 pula meneruskan kecemerlangan penciptaannya sejak mula-mula muncul di Pameran Motosikal Cologne pada tahun 1992 lalu. Dengan penambahbaik yang cukup mengagumkan, Monster 821 adalah teman terbaik buat mereka yang inginkan sebuah jentera menggabungkan prestasi, tangkas, kuasa dan keselesaan.

Hadir berkerangka jenis trellis, enjin berprestasi tinggi dengan kuasa maksimum 109hp pada 9,250 rpm yang mantap. Ducati Monster turut disempurnakan dengan panel meter TFT, tiga mod tunggangan, Ducati Safety Pack, lampu utama baru dan banyak lagi. Ducati Monster 821 didatangkan dalam dua warna iaitu Ducati Red dan Classic Ducati Yellow pada harga masing-masing RM65,900 dan RM66,900. RR

Isu Pada

November 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.