RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 Julai 2017

Tiga Model Baru Dari Modenas

Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) yakin akan terus kukuh dalam pasaran motosikal negara dengan memperkenalkan tiga buah model terbaru pada pertengahan bulan Mei lalu di Setia City Convention Center, Setia Alam.

Model PULSAR RS200, PULSAR NS200 dan V15 adalah dengan kerjasama yang dijalinkan antara MODENAS dan Bajaj Auto Ltd (BAL). Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Pengedaran Automotif, Pembuatan dan Kejuruteraan DRB-Hicom, Dato' Abdul Harith Abdullah bersama-sama CEO Modenas, En. Amirudin Abd Kadir dan Presiden International Business, Bajaj Auto Ltd (BAL), Mr. Rakesh Sharma.

Dari kiri: Dato’ Tan Tien Chye, Dato’ Abdul Harith Abdullah, En. Amirudin Abd Kadir, Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Haji Mohd Khamil Jamil, Mr. Sameer Deshpande & Mr. Rakesh Sharma dalam majlis pelancaran model baru Modenas.
Dari kiri: Dato’ Tan Tien Chye, Dato’ Abdul Harith Abdullah, En. Amirudin Abd Kadir, Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Haji Mohd Khamil Jamil, Mr. Sameer Deshpande & Mr. Rakesh Sharma dalam majlis pelancaran model baru Modenas.

Dengan memperkenalkan tiga model terbaru ini MODENAS yakin mampu mengulangi kejayaan yang dikecapinya dan juga dapat memenuhi permintaan para penunggang di luar sana yang sentiasa inginkan sebuah jentera yang hebat dan juga berprestasi tinggi.

PULSAR RS200 (race bike) dan PULSAR NS200 (naked street bike) dilengkapi dengan enjin 199cc, SOHC 4 injap, penyejuk cecair, penyuntik bahan api silinder tunggal dan juga mempunyai digital triple spark ignition. Kedua-dua model ini juga disempurna-kan dengan sistem transmisi 6 kelajuan yang masing-masing memberi kuasa maksimum sebanyak 24.5 PS pada 9,750rpm serta tork pada 18.6 Nm pada 8,000rpm.

PULSAR RS200 (race bike) bersifat lebih aerodinamik dan dibentuk agar lebih stabil pada kelajuan tinggi. PULSAR RS200 mempunyai isi tangki sebesar 13 liter serta memiliki lampu hadapan projektor berkembar. Jentera ini merupakan motosikal bersaiz penuh yang pertama di Malaysia yang mempunyai ciri-ciri sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Harga yang ditawarkan untuk model ini adalah RM11,342 (termasuk GST) dengan dua pilihan warna yang berbeza iaitu biru dan hitam.

PULSAR NS200 yang merupakan “naked street bike” telah direka agar nampak lebih sasa serta agresif bagi membolehkan para penunggang memacu di jalanan dengan lebih bergaya. Jentera ini mempunyai rekabentuk ekzos yang moden serta dilengkapi penyerap hentak mono nitrox. PULSAR NS200 boleh didapati dalam dua jenis warna yang berbeza iaitu merah dan hitam dalam skema warna serta grafik dua tona. Harga yang telah ditawarkan adalah RM9,222 (termasuk GST).

Model V15 (cafe racer) cukup menarik sekali untuk para peminat jentera ini yang mahukan sebuah mesin yang santai dan berprestasi tinggi. Model ini menawarkan enjin 150cc digital twin-spark yang berkuasa 12ps pada 7,500rpm dan tork 13Nm pada 5,500rpm Model ini dilengkapi dengan isi tangki 13 liter dan menggabungkan elemen terbaik gaya neo klasik. Pastinya jentera sebegini mempunyai posisi tunggangan yang selesa dan baik.

V15 ditawarkan pada harga RM5,989 (termasuk GST) dengan dua pilihan warna yang berbeza iaitu putih dan hitam.

“Saya amat berharap dengan kerjasama terbaru bersama Bajaj Auto Ltd (BAL) ini akan memberi peluang kepada kami untuk menembusi ke dalam satu segmen baru yang sedang pesat berkembang dan akan terus bertambah kukuh pada masa akan datang. Dan kami yakin bahawa kerjasama ini akan menjadi faktor pendorong yang diperlukan oleh MODENAS untuk mencapai cita-citanya,” kata Dato' Abdul Harith Abdullah.

Pada majlis pelancaran jentera Modenas ini terdapat juga persembahan aksi lasak (stunt) yang dilakukan dengan menunggang model PULSAR RS200 dan PULSAR NS200.RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.