RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 Ogos 2017

Moto Guzzi Malaysia Perkenalkan 3 Model Baru

Moto Guzzi, jenama motosikal ulung dari Itali telah kembali ke Malaysia selepas kerjasama terbaru yang terjalin di antara Piaggio Asia Pasific dan Didi Resources Sdn Bhd. Sebagai langkah pertama, syarikat ini telah melancarkan tiga buah model terbaru iaitu V7 III Stone, V7 III Racer dan V9 Roamer yang masing-masing ditawarkan pada harga RM66,000, RM81,900 dan RM73,900 (termasuk GST).

Dari kiri: En. CW Juan, En. Timothy Soh, En. Goh Kian Sin dan En. Neri Miclaus melancarkan tiga model terbaru Moto Guzzi.
Dari kiri: En. CW Juan, En. Timothy Soh, En. Goh Kian Sin dan En. Neri Miclaus melancarkan tiga model terbaru Moto Guzzi.

Untuk membuktikan kesediaan syarikat ini beroperasi sebagai pengedar baru Moto Guzzi di Malaysia, Didi Resources telah melancarkan pusat servis 3S terbaru yang terletak di Gasket Alley, Petaling Jaya. Di sini bukan sahaja menawarkan khidmat servis dan lepasan jualan tetapi juga merupakan tempat untuk beristirehat, berkumpul bersama rakan-rakan motor dan segala yang berkaitan dengan gaya hidup bermotosikal.

Model V7 III dilengkapi dengan enjin bersesaran 744cc yang menawarkan kuasa setinggi 52hp pada 6,200rpm dan tork 60Nm pada 4,900rpm. Mesin lagenda ini juga memiliki sistem brek hadapan dan belakang jenis cakera yang bersaiz 320mm dan 260mm. Untuk menyusuri kawasan berselekoh dengan selamat dan meyakinkan, model-model V7 III disempurnakan dengan fork hadapan jenis teleskopik bersaiz 40mm dan lengan ayun dengan sepasang penyerap hentak jenis aloi di bahagian belakang.

V7 III Stone.
V7 III Stone.

Model V7 III Stone pula menarik perhatian kita menerusi warna dan keunikannya yang diambil dari gaya jentera tahun 1970an manakala model V7 III Racer pula ditawarkan dengan setiap satunya memiliki nombor siri yang tersendiri. Dari segi teknikal dan perbezaan aestetik, model Racer baru ini juga telah diberi sentuhan serba baru yang jauh lebih menarik berbanding model sebelum ini seperti penggunaan penyerap hentak belakang jenis Ohlins untuk kesan penyerapan yang lebih mantap.

V7 III Racer.
V7 III Racer.

Model V9 Roamer pula didatangkan dengan enjin berkapasiti 853cc, V-kembar yang memiliki kemantapan kuasa maksimum setinggi 55hp pada 6,250rpm dan kuasa tork 62Nm pada 3,000rpm. Kelancaran kuasa dan kemantapan pecutannya datang dari sistem suntikan bahan api elektronik jenis Marelli yang disempurnakan dengan sistem traction control dua tahap. Barisan jentera Moto Guzzi akan terus ditambah pada tahun ini, antaranya ialah V9 Bobber, V7 III Special dan V7 III Anniversario. RR

Isu Pada

Ogos 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.