RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Jun 2020

Yamaha Tenere 700 Rally Terbaru

Sejak diperkenalkan ke pasaran global pada tahun 2019, model Yamaha Tenere 700 telah meraih sambutan yang sangat menggalakkan sehingga ia diiktiraf sebagai model adventure kelas pertengahan paling laris di Eropah. Tenere mula diperkenalkan pada tahun 1983, menarik minat ramai dengan warna biru/kuning dan rekacorak speedblock. Sayangnya Yamaha Tenere 700 belum lagi dipasarkan di negara kita sedangkan permintaan terhadap model ini memang tinggi.

Terbaru, Yamaha Europe telah melancarkan model Tenere 700 Edisi Rally yang menampilkan rekacorak cukup istimewa yang mirip kepada model pertama, XT600Z 1983. Warna eksklusif ini iaitu Sky Blue pastinya 'mengingatkan' kita dengan kecemerlangan Tenere dalam saingan lasak Dakar Rally dan lain-lain.

Yamaha Tenere 700 Edisi Rally dipasangkan di Perancis oleh para kakitangan yang cukup berpengalaman dan berdedikasi. Ia menawarkan spesifikasi dan komponen lebih mantap agar penunggang sentiasa seronok, mantap dan dilindungi tidak kira ke mana arah tujuannya. Tenere 700 Rally didatangkan dengan enjin DOHC bersesaran 689cc CP2 yang menghasilkan 72.4 hp pada 9,000rpm dan tork 68Nm pada 6,500rpm.

Antara ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh jentera ini ialah pelana jenis Rally, sistem ekzos Akrapovic lebih ringan, tubuh badan yang langsing dan ergonomik, lampu-lampu LED cukup jelas, fork hadapan yang panjang, sistem ABS boleh laras, kerangka bertegaran tinggi, pelindung untuk rantai dan radiator.

Untuk para pencinta motosikal di Eropah, Yamaha Tenere Edisi Rally ini akan mula dipasarkan pada Julai 2020. Kita berharap agar model ini dapat dibawa masuk ke pasaran negara suatu hari nanti. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.