RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Ogos 2017

Yamaha NVX 155 Dilancarkan!

Model ini mula dipertontonkan pada umum pada Oktober tahun lalu di Litar SIC sempena perlumbaan MotoGP Sepang dan ternyata sejak dari saat itu, kemunculan skuter ini sangat ditunggu-tunggu oleh para pencinta motosikal di seluruh negara. Akhirnya, saatnya telah tiba pada 11 Julai lalu apabila Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya telah melancarkan model terbaru Yamaha NVX 155, sebuah skuter yang cukup anggun, canggih dan inovasi.

Dari kiri: En. Shinsuke Yamaura, En. Koh Eng Chan, Dato’ Jim Khor, En. Voon Yin Kong dan En. Goh Wei Ping melancarkan model baru Yamaha NVX.
Dari kiri: En. Shinsuke Yamaura, En. Koh Eng Chan, Dato’ Jim Khor, En. Voon Yin Kong dan En. Goh Wei Ping melancarkan model baru Yamaha NVX.

Dengan bertemakan 'Revolution in Innovation’, NVX berjaya membawa segmen jentera automatik ke tahap baru yang lebih tinggi. Model baru ini disempurnakan oleh enjin generasi baru 155cc dengan teknologi Blue Core yang menjanjikan lebih kuasa (11.0kW pada 8,000rpm dan tork 13.8Nm pada 6,250rpm), jimat petrol serta tindak balas yang unggul. NVX juga merupakan model pertama Yamaha yang menerima pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Antara ciri-ciri menarik pada skuter baru ini ialah sistem kunci pintar (smart key) iaitu sistem keyless yang dilengkapi dengan immobilizer untuk tujuan keselamatan, sistem STOP & START (enjin dimatikan secara automatik apabila skuter ini diberhentikan dan akan dihidupkan semula apabila pendikit dipulas), panel meter LCD 5.8”, lampu hadapan dan belakang LED serta ruang simpanan bersaiz 25 liter. Terdapat tiga warna menarik menanti para peminat NVX iaitu biru, merah dan hitam yang ditawarkan pada harga RM10,500 (termasuk GST).

Untuk membuktikan kemantapan dan kepantasan skuter baru ini, Yamaha NVX 155 akan digunakan dalam persaingan satu jenama di Perlumbaan Cub Prix yang akan bermula pada pusingan keenam di awal Ogos nanti. Sama-sama kita nantikan. RR

Isu Pada

Ogos 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700