RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 September 2017

BMW Motorrad Malaysia Memperkenalkan Tiga Model Baru

G310 R, R 1200 GS Adventure dan S 1000 R merupakan tiga buah jentera serba baru yang telah diperkenalkan oleh BMW Motorrad Malaysia pada pertengahan Ogos lalu. Pelancaran model-model baru ini telah diadakan ketika berlangsungnya acara kelayakan BMW GS Trophy 2017 peringkat Asia Tenggara.

En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad memperkenalkan tiga model terbaru BMW iaitu R 1200 GS, S 1000 R dan G 310 R
En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad memperkenalkan tiga model terbaru BMW iaitu R 1200 GS, S 1000 R dan G 310 R

BMW G 310 R merupakan jentera jalanan yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat motosikal di Malaysia. Model ini didatangkan dengan enjin 313cc, silinder tunggal, sistem suntikan bahan api yang mempunyai kuasa maksimum 34hp pada 9,500rpm dan tork maksimum 28Nm pada 7,500rpm. Seperti mana-mana jentera BMW, kemantapan prestasi tunggangan jentera ini disumbangkan oleh kerangkanya jenis tiub yang bertegaran tinggi serta sistem saspensi hadapan dan belakang yang menyerap segala hentakan dengan cemerlang.

G 310 R
G 310 R

G 310 R turut dilengkapkan dengan brek hadapan jenis cakera bersaiz 300mm dan brek belakang jenis cakera yang bersaiz 240mm. Sistem ABS adalah satu lagi ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh jentera jalanan En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad memperkenalkan tiga model terbaru BMW iaitu R 1200 GS Adventure, S 1000 R dan G 310 R. G 310 R R 1200 GS Adventure ini. Enjin BMW ini juga menepati piawaian dalam kelas pencemaran EU4. Dua warna diperkenalkan untuk model ini iaitu Putih dan Biru yang ditawarkan pada harga RM26,900 (termasuk GST). RR telah menunggang uji model ini, dapatkan maklumat lanjut mengenainya melalui Ruangan Pandu Uji, Majalah RodaRoda keluaran Disember 2016.

S 1000 R
S 1000 R

S 1000 R merupakan jentera jalanan terulung dari BMW yang mempunyai prestasi keseluruhan yang sangat mengagumkan. Ia bersesaran 999cc, empat silinder sebaris yang memenuhi kesemua tahap piawaian EU4. S 1000 R menawarkan hantaran kuasa maksimum setinggi 165hp pada 11,000rpm (model terdahulu: 160hp pada 11,000rpm), dua kg lebih ringan, sistem ekzos penyenyap HP Titanium dan bar hendal vibration-decoupled yang memastikan gegaran dapat dikurangkan ke tahap maksima ketika menunggang.

Panel meter R 1200 GS Adventure.
Panel meter R 1200 GS Adventure.

Antara ciri-ciri terkini yang dimiliki oleh S 1000 R baru ini ialah mod tunggangan (Rain dan Road), Automatic Stability Control (ASC) dan sistem Race ABS. Model baru ini ditawarkan pada harga RM92,900 (termasuk GST) dengan dua warna pilihan iaitu Racing Red/Blackstorm dan Catalano Grey.

R 1200 GS Adventure
R 1200 GS Adventure

Model pengembaraan sensasi, R 1200 GS Adventure telah dibangunkan dengan sistem transmisi yang lebih tepat dan cemerlang. Model ‘Triple Black’ ini adalah versi istimewa yang dihasil berasaskan S 1000 R G 310 R Panel meter R 1200 GS Adventure. Antara tetamu dan para pelumba BMW GS Trophy yang hadir di majlis pelancaran model baru BMW. ekspresi para pelanggan BMW yang inginkan sebuah jentera enduro yang berwarna hitam sepenuhnya.

Antara tetamu dan para pelumba BMW GS Trophy yang hadir di majlis pelancaran model baru BMW.
Antara tetamu dan para pelumba BMW GS Trophy yang hadir di majlis pelancaran model baru BMW.

Pelindung tengah tangki, penutup ruang simpanan dan madgad hadapan dikemaskan dengan warna hitam Blackstorm manakala panel sisi tangki dikemaskan dengan warna hitam Dark Slate yang tampak lebih maskulin. Kombinasi enjin, kotak gear dan lengan ayun berwarna hitam turut menyerlahkan lagi rupabentuk ‘Triple Black’ ini. Model ini dijual pada harga RM116,900 (termasuk GST).

Sedikit perkongsian mengenai pertandingan lasak BMW GS Trophy. Sesi ujian kelayakan yang diadakan di Malaysia telah disertai oleh 40 orang penunggang dari Malaysia dan enam orang dari Singapura. Mereka yang menunggang model R 1200 GS Adventure diwajiibkan mengharungi ujian kecekapan di laluan-laluan seperti air, lumpur, pasir serta ujian kawalan tunggangan yang cukup sukar.

En. Ooi (tengah) memberikan taklimat perjalanan kepada penunggang yang ingin menguji jentera-jentera BMW.
En. Ooi (tengah) memberikan taklimat perjalanan kepada penunggang yang ingin menguji jentera-jentera BMW.

Seorang penunggang dari Malaysia, Singapura akan dipilih untuk bersama-sama seorang lagi penunggang dari negara lain mewakili pasukan Asia Tenggara dalam pertandingan GS Trophy 2017 peringkat antarabangsa yang akan berlangsung di Mongolia pada tahun hadapan. RR

Isu Pada

September 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.