RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2017

Triumph Memperkenalkan Tiger 800 (XC & XR) & Tiger 1200 (XC & XR)

Triumph Motorcycles telah memperkenalkan empat model terbaru yang terdiri daripada Tiger 800 XC, Tiger 800 XR, Tiger 1200 XC dan Tiger 1200 XR. Keempat-empat model ini dipertontonkan di Pameran Antarabangsa EICMA, Milan pada awal November lalu.


Kedua-dua model Tiger 800 XC dan XR terbaru ini telah diberikan sentuhan baru lebih terperinci dengan 200 penambahbaikkan dilakukan pada bahagian casis dan enjin. Ini merangkumi beberapa peningkatan yang dilakukan untuk disesuaikan dengan tunggangan di laluan offroad serta di jalanan biasa.

TIGER 800 XR
TIGER 800 XR

Selain memperkenalkan enjin generasi baru, Triumph telah menyasarkan peningkatan khususnya pada teknologi, keselesaan dan gaya. Dengan kebijaksaan ini, Tiger 800 memiliki kelebihan di semua jenis jalanan. “Kami telah membangunkan teknologi terkini dan mengemas kini prestasi jentera ini agar Tiger 800 memiliki kemampuan hebat di jalan biasa dan di laluan offroad. Tiger terbaru lebih tangkas, mudah ditunggang dan sememangnya dibuat untuk menikmati pengembaraan maksima – di setiap hari,” kata Ketua Pegawai Komersial Triumph Motorcycles, En. Paul Stroud.

TIGER 800 XC
TIGER 800 XC


Enjin tiga silinder, 800cc Tiger ini menawarkan hantaran kuasa yang pantas dan tepat dengan kuasa maksimum setinggi 95PS. Model ini juga memiliki karaktor yang dilihat lebih mantap manakala sistem ekzosnya yang lebih ringan menawarkan bunyi yang lebih sporty. Ia juga dilengkapkan dengan nisbah gear pertama lebih pendek untuk daya tarikan terbaik di laluan offroad, respon enjin cemerlang dalam kelajuan rendah dan memiliki pecutan yang sungguh mengagumkan. Untuk model XC, penambahan mod tunggangan Off-Road Pro disediakan buat para penunggang yang lebih berpengalaman.

TIGER 1200 XC
TIGER 1200 XC

Ciri-ciri terbaru yang dilengkapkan pada model ini ialah panel meter TFT bersaiz 5” yang berwarna dan jelas, lampu-lampu LED, rekabentuk ergonomik, kawalan joystick, cermin pengadang udara boleh laras 5 tahap, warna terkini, 6 mod tunggangan dan brek hadapan Brembo berspesifikasi tinggi.

TIGER 1200 XR
TIGER 1200 XR


Pengendalian yang cekap dan kepesatan teknologi adalah ciri-ciri utama yang menjadikan pengalaman menunggang model ini hebat dan Tiger 800 disempurnakan dengan sistem ABS, traction control, ride-by-wire, cruise control (baru dikemas kini), pemanas pelana dan bar pemegang, soket dan dua posisi ketinggian pelana (810-830mm untuk model XR, 840-860mm bagi model XC) yang boleh dilaras kepada 20mm untuk kesesuaian menunggang. Terdapat juga model XRx yang berpelana lebih rendah iaitu 760mm.

TIGER 1200 XR
TIGER 1200 XR


Model lebih besar, Triumph Tiger 1200 XC dan XR terbaru adalah model paling canggih dan termaju pernah dihasilkan. Model ini juga merupakan edisi terbaru jentera lagenda yang telah megah di jalanan sejak 80 tahun yang lalu dan pembinaannya adalah untuk pengendalian muktamad di jalanan biasa mahu pun ketika merentasi cabaran off-road.

Model baru ini 10 kg lebih ringan berbanding sebelumnya dan ini disumbangkan oleh pembangunan enjin, casis dan sistem ekzos. Kedua-dua model baru dari Triumph ini terbukti lebih responsif dan dinamik, sementara memiliki ketangkasan dan pengendalian cemerlang.

TIGER 1200 XR
TIGER 1200 XR


Tiger bersesaran 1215cc, berkuasa 141PS dan turut diperkemaskan dengan teknologi seperti Triumph Adaptive Cornering Lighting yang menambah kadar penglihatan ketika di dalam selekoh, sistem cruise control yang dikemas kini, paparan panel meter TFT, lampu-lampu LED, pemanas tempat pemegang, Triumph Shift Assist untuk penukaran gear tanpa klac, sistem nyalaan tanpa kunci, mod tunggangan Off-Road Pro untuk model XC, ABS, traction control, ride-by-wire, hill hold dan 6 mod tunggangan yang pastinya disukai oleh para pengembara motosikal.

TIGER 1200 XC
TIGER 1200 XC


Untuk keselesaan dan keselamatan pemiliknya, Triumph ini didatangkan dengan posisi bar hendal yang direka semula, geometri kerangka yang diperkemaskan khusus untuk kesesuaian pengembaraan yang berjarak jauh. Kedua-dua model baru ini turut disempurnakan dengan brek-brek jenis Brembo, saspensi WP yang dikawal oleh teknologi Triumph Semi-Active Suspension, dua ketinggian pelana (835-855mm) boleh dilaraskan kepada 20mm, model varian rendah XRx yang bertinggian 815-835mm.

Menurut pihak Triumph Malaysia, model ini akan berada di Malaysia pada Mac 2018 dan harganya juga masih belum dapat diketahui lagi. RR

Isu Pada

Disember 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.