RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 10 Februari 2014

Penunggang Motosikal Juga Duta Penting!

Selepas kejayaan penganjuran Tahun Melawat Malaysia (TMM) pada tahun 1990, 1994 dan 2007, kini Malaysia sekali lagi menganjurkannya buat kali keempat pada tahun ini dengan menyasarkan kehadiran pelancong asing seramai 28 juta orang dengan jumlah pendapatan sebanyak RM76 bilion.

Dengan tema ‘Celebrating 1Malaysia Truly Malaysia’, keharmonian masyarakat, kepelbagaian jenis makanan, pusat membeli belah dan keindahan flora dan fauna adalah aset terpenting buat negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan tanpa ragu-ragu lagi.

Dikala kita mengalu-alukan kedatangan para pelancong ke Malaysia, masih terdapat beberapa masalah atau tahap keselamatan yang perlu diberi pemantauan agar segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Antaranya ialah mempertingkatkan tahap keselamatan di lokasi-lokasi pilihan pencuri dan peragut yang juga sering kali menjadi tumpuan para pelancong. Jika kadar kes ini dapat dikurangkan pastinya imej Malaysia akan lebih baik.

Tidak dinafikan masalah ini berlaku hampir di semua bandaraya besar di seluruh dunia, kita perlu mengambil langkah segera untuk menangani masalah tersebut dengan penambahan anggota keselamatan, penambahan poster-poster amaran, pengedaran risalah di samping mengenakan hukuman yang berat ke atas para pesalah yang berjaya diberkas. Sebagai penunggang motosikal, kita juga boleh memberi sedikit peranan dalam mempromosikan negara kita.

Caranya? Kita mulakan dengan menunjukkan tunggangan yang berhemah. Patuhi undang-undang jalan raya di mana sahaja kita berada. Jangan melanggar lampu isyarat sewenang-wenangnya, jangan lupa pakai topi keledar, jangan bawa lebih pembonceng, jangan lupa pasang lampu, jangan menciluk dalam trafik. Biar mereka tersenyum melihat kita wahai ‘geng’ motosikal semua.

Bagi pelancong yang berkeluarga atau berkumpulan, mereka mungkin lebih selesa memandu sendiri dengan kereta sewa. Jangan biarkan mereka terkejut dengan sikap tunggangan atau pemanduan yang liar. Berharap gejala ini dapat dibendung agar nama baik negara tidak terjejas bak peribahasa melayu, ‘Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.’

Kelebihan orang kita berbanding masyarakat di negara jiran seperti di Thailand, Laos, Kemboja atau di Indonesia ialah kita masih mampu memahami dan bertutur sedikit sebanyak dalam bahasa Inggeris. Jangan risau tentang tatabahasa, apa yang penting segala mesej yang kita berikan sampai kepada penerima. Jika ternampak pelancong yang memerlukan bantuan, kita selaku penunggang motosikal paling mudah untuk memberikan perkhidmatan. Bikers…we can do it!

Bagi pengembara motosikal pula, destinasi tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Genting Highlands semestinya menjadi pilihan. Selain udaranya yang dingin, tempat ini sentiasa menjadi pilihan kerana perjalanan ke sana cantik dan mencabar. Jika terserempak dengan mereka, kita boleh memberikan panduan tentang kawasan dan selekoh yang berbahaya, lokasi fotografi yang menarik, gerai makanan yang lazat dan tempat penginapan yang selamat. Penunggang motosikal bukankah kuat dengan pegangan ‘Brotherhood’ atau ‘semua penunggang motosikal itu bagaikan saudara.’

Antara cara terbaik untuk mengembara ialah dengan menunggang motosikal. Inilah peluang keemasan buat para penyewa motosikal dengan syarat menawarkan sebuah motosikal yang sentiasa dalam keadaan baik. Jika mereka (pelancong) berpuas hati dengannya, pasti syarikat kelolaan tuan-tuan sekalian akan diperkenalkan kepada para pelancong lain. Ini sekali gus akan menjana pendapatan disamping memberikan gambaran baik negara kepada mereka yang berkunjung ke Malaysia.

Kita, selaku pencinta motosikal boleh membantu menjadikan TMM 2014 lebih meriah. Harumkan nama negara, harumkan nama penunggang motosikal. Selamat menunggang! RR

Salam Mesra,
Khairil Azuan
Ketua Pengarang

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambah Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.