RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

17 Oktober 2023

Francesco Bagnaia 'Lari' Lebih Jauh Untuk Buru Juara Keseluruhan

Litar Mandalika: Impian Jorge Martin untuk mengganti tempat Francesco Bagnaia (Pecco) sebagai pendahulu carta keseluruhan berkecai apabila pelumba dari Sepanyol itu terbabas ke luar litar ketika saingan berbaki lapan lap sahaja lagi.

Francesco Bagnaia cemerlang di GP Indonesia.
Francesco Bagnaia cemerlang di GP Indonesia.

Martin yang berada di barisan kedua berjaya melakukan 'holeshot' untuk tiba terlebih dahulu ke selekoh pertama. Turut mendapatkan pecutan sempurna ialah Pecco yang sekelip mata berada di posisi ketiga walaupun bermula dari kedudukan belakang. Dari situ, dia mengejar Maverick Viñales menggunakan kemantapan jenteranya untuk memintas seorang demi seorang.

Kesilapan Martin yang boleh mengubah segalanya.
Kesilapan Martin yang boleh mengubah segalanya.
Dari kiri: Maverick VInales, Francesco Bagnaia & Fabio Quartararo.
Dari kiri: Maverick VInales, Francesco Bagnaia & Fabio Quartararo.

Martin mula membuka jarak dan kelihatan agak selesa di depan. Tiba-tiba pelumba dengan nombor 89 itu terbabas dan serta merta membuka 'pintu' untuk Pecco merampas tempatnya. Pada masa yang sama, Vinales kini diberi tentangan hebat oleh pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP yang memiliki rentak cukup mantap.

Selain itu, drama MotoGP Mandalika belum lagi reda. Kini tiba giliran Marc Marquez pula yang menyembah bumi tetapi mujurlah, penunggang ok. Brad Binder pula bersentuhan dengan Luca Marini yang membuatkan pelumba Itali itu tergelincir keluar. Atas kecuaian itu, Binder telah dikenakan penalti 'Long Lap' yang menyebabkannya terus ketinggalan.

Vinales '12' berjaya mengekang kemaraan Quartararo ketika perebutan naib juara.
Vinales '12' berjaya mengekang kemaraan Quartararo ketika perebutan naib juara.

Tidak lama kemudian, Pecco semakin dekat dan apabila melihat ada peluang kecil terbuka, Pecco buat serangan untuk bertukar tempat. Dalam pada itu, semua mata tertumpu kepada Quartararo, yang masih di tempat ketiga tetapi memiliki rentak lebih laju daripada kedua-dua pelumba di hadapannya.

Marc Marquez gagal memungut sebarang mata di GP Indonesia.
Marc Marquez gagal memungut sebarang mata di GP Indonesia.
Kejayaan podium menambah semangat Quartararo '20' untuk terus berjuang hingga ke pusingan akhir.
Kejayaan podium menambah semangat Quartararo '20' untuk terus berjuang hingga ke pusingan akhir.
Pertarungan sengit di antara Quartararo '20', Pecco '1' & Aleix Espargaro.
Pertarungan sengit di antara Quartararo '20', Pecco '1' & Aleix Espargaro.

Juara Dunia 2021 itu hanya memerlukan beberapa lap sahaja lagi untuk cuba menundukkan Vinales, tetapi apabila sudah berada betul-betul di belakang barulah dia sedar bahawa ia tugas yang berat.

Martin '89' berusaha gigih menjarakkan diri daripada Luca Marini '10' sebelum kedua-duanya terrbabas ke luar litar.
Martin '89' berusaha gigih menjarakkan diri daripada Luca Marini '10' sebelum kedua-duanya terrbabas ke luar litar.

Menjelang dua lap terakhir, tiga pelumba di hadapan iaitu Pecco (Itali). Vinales (Sepanyol) dan Fabio (Perancis) dari tiga negara dan tiga pengeluar berbeza terus sengit. Pecco dan Vinales berjaya mengekalkan kedudukan mereka untuk tamat di tempat pertama dan kedua.

Kemenangan Bagnaia telah memberi peluang untuknya menjadi pelumba Ducati pertama yang meraih kemenangan walaupun bermula dari empat barisan di belakang. Ini hampir menyamai rekod yang dicipta oleh Marco Melandri di GP Turki 2006.

Kepuasan yang ditunjukkan oleh Pecco selepas meraih tempat pertama.
Kepuasan yang ditunjukkan oleh Pecco selepas meraih tempat pertama.
Alex Rins kini sudah kembali sihat dan bersedia memberi cabaran.
Alex Rins kini sudah kembali sihat dan bersedia memberi cabaran.
Minggu yang agak sukar buat Takaaki Nakagami yang hanya mampu tamat di tempat ke-11.
Minggu yang agak sukar buat Takaaki Nakagami yang hanya mampu tamat di tempat ke-11.

Syabas Alex Rins (LCR Honda) yang kembali dari kecederaan dan berjaya mendapatkan tempat kesembilan dan semestinya ia adalah keputusan yang cukup positif. Di belakangnya ialah Aleix Espargaro yang memiliki rentak cukup konsisten di sepanjang saingan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.