RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Jun 2016

Rennoil : Pelincir Prestasi Premium Dunia Permotoran

Pasaran pelincir enjin di Malaysia antara salah satu medan persaingan yang sengit di kalangan pengeluar-pengeluar minyak gergasi. Pelbagai produk yang berkualiti tinggi dan terbaik ditawarkan kepada para pengguna yang mahukan prestasi jentera mereka di tahap yang optimum.

Jenama antarabangsa terkini yang terdapat di dalam pasaran ialah pelincir Rennoil keluaran syarikat yang berdaya maju, Rennoil International Sdn Bhd (RISB) yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Ia adalah minyak pelincir yang dihasil dengan menggunakan teknologi terkini daripada Amerika Syarikat dan diadunkan melalui proses yang paling ketat melebihi piawaian standard antarabangsa. Renn adalah terma bahasa Jerman bemaksud Racing/lumba dan digabung bersama oil/minyak menjadikan Rennoil - sebutan yang eksklusif dan premium dalam kelasnya yang tersendiri.

Kiri: En. Sam Nahar, Pengarah Rennoil International Sdn Bhd dan En. Teo Tuan Bun, Pengurus Besar Jualan memperkenalkan produk pelincir Rennoil.
Kiri: En. Sam Nahar, Pengarah Rennoil International Sdn Bhd dan En. Teo Tuan Bun, Pengurus Besar Jualan memperkenalkan produk pelincir Rennoil.

Semua pelincir Rennoil diformulakan dengan EPE (Enhanced Performance Embodiment) yang dipilih secara fizikal dan kimia yang stabil dalam apa-apa keadaan pemanduan. Formulasi aditif ini merangkumi pembangunan yang teliti dan membawa bersama elemen prestasi untuk memberikan perlindungan enjin jentera anda bersama jaminan kualiti dari Rennoil Lubricants di dalam keadaan pemanduan biasa mahupun ekstrim.

“Lebih daripada 40 pengedar yang kompetitif terdapat di seluruh negara dan masih berkembang,” kata En. Ruslan.
“Lebih daripada 40 pengedar yang kompetitif terdapat di seluruh negara dan masih berkembang,” kata En. Ruslan.

Pelincir ini dengan formulasinya dibangunkan di Amerika Syarikat adalah yang berkualiti premium. Dengan rekaan botol dan label yang menarik menjadikan jenama ini menepati citarasa antarabangsa, bakal meletakkan Rennoil sebaris dengan jenama-jenama gergasi yang lain dalam masa tiga tahun perancangan dan pelaksanaan. Produk pelincir ini juga mendapat pengiktirafan sijil IS0 9001:2008 dan menepati piawaian API (American Petroleum Industry Standards). Bahan asas pembuatan minyak pelincir (base oil) adalah daripada pengeluar antarabangsa yang telah diketahui umum dan diiktiraf oleh industri dan pengeluar pelincir antarabangsa.

RISB ialah sebuah syarikat pelincir dan alat ganti yang dilesenkan oleh Rennoil Lubricants dengan memiliki hak pembuatan dan pengedaran di seluruh Asia dan Afrika.

Fokus pengedaran RISB masakini adalah untuk pasaran hi-street. Disamping itu, RISB juga mengambil bahagian secara aktif dalam tender korporat untuk membekalkan pelincir berkualiti tinggi ini. RISB sedang dalam proses rundingan untuk melebarkan pasarannya ke beberapa negara seperti Vietnam, China, India dan Indonesia.

“Untuk menjadikan jenama pelincir Rennoil ini lebih berdaya saing dan menarik minat pengguna, RISB turut melibatkan diri secara aktif dalam dunia sukan tanahair seperti menaja pasukan bolasepak negeri Kelantan pada tahun 2015. Rennoil juga menyertai Kejohanan Rally Malaysia (Malaysian Rally Championship) dengan menggunakan jentera Mitsubishi EVO 10 yang memberikan cabaran dalam perlumbaan yang amat bermakna untuk meningkatkan penjenamaan Rennoil di rantau ini” kata Encik Ruslan Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif Rennoil International Sdn Bhd.

Rennoil kini mempunyai rangkaian lebih 40 pengedar yang kompetitif di seluruh negara dan ia terus berkembang. Permintaan tinggi terhadap produk pelincir ini datangnya daripada Pantai Timur, Bahagian Tengah, Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia begitu juga di Sabah dan Sarawak. Pelbagai produk pelincir yang terdiri daripada kenderaan penumpang (PVMO), kenderaan perdagangan/berat (CVMO), marin (FBO,) dan pelincir motosikal (MCO) telah dihasilkan untuk semua jenis kenderaan. Selain daripada pelincir enjin kenderaan, juga terdapat minyak hidraulik dan minyak gear.

Buat masa ini untuk kegunaan motosikal, Rennoil menawarkan tiga jenis pelincir 4-lejang dan 2-lejang. Speed Racer 4T(SF 40) 1L, Speed Racer 4T (SL 20W40) 1L, Speed Racer 2T (JASO FB) 1L dan Speed Racer 2T (JASO FB) 0.5L. Harga yang ditawarkan untuk pelincir premium ini adalah berpatutan dan setaraf dengan jenama-jenama antarabangsa yang lain. Rennoil juga dalam perancangan untuk memperkenalkan beberapa jenis lagi pelincir motosikal kepada para pengguna yang mahukan prestasi yang hebat! RR

Isu Pada

Jun 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.