RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 2 Oktober 2020

Sarung Tangan SPIDI Flash-CE

Sarung Tangan SPIDI Flash-CE pula yang direka khas untuk kesesuaian semua jenis tunggangan. Dengan menepati piawaian Level 1 EN13594:2015 KP CE, Spidi Flash-CE bukan sahaja ringan dan selesa tetapi menjamin keselamatan si pemakainya. Kecederaan seperti geseran di permukaan tanah, impak dari batu-batu, serpihan kayu atau bahang panas dapat dikurangkan dengan penggunaan sarung tangan ini.

SPIDI Flash-CE ini memiliki profil yang ramping lengkap beserta lapisan perlindungan di bahagian tapak, belakang tangan dan jari. Sarung tangan ini juga memiliki reflektif untuk menjadikan tunggangan di waktu malam lebih meyakinkan. Penggunaan velcro yang berkualiti tinggi memastikan SPIDI Flash-CE ini 'melekat' di tangan dengan kemas.

Kami benar-benar menyukainya! Produk ini didatangkan dalam pelbagai saiz dan dijual pada harga RM198.00. Kunjungi Chear Motor (Shah Alam) Sdn Bhd yang terletak di No 42A Jalan 15/22 Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor ataupun Chear Motor (H.Q) Sdn Bhd yang beralamat di 27, Jalan, Landasan Off Jalan Bukit Kuda, 41300 Klang, Selangor. RR

Isu Pada

Oktober 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.