RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Januari 2015

SAMURAI Tawarkan Hasil Berkualiti Tinggi

Sebagai pelopor dalam dunia cat aerosol , cat Samurai tidak pernah mengecewakan para peminatnya. Hasil semburan cat aerosol Samurai ini sememangnya kemas, berkilat dan berkualiti tinggi. Kini, Samurai sekali lagi memperkenalkan produk terbarunya yang lebih inovatif.

Sebelum ini, cat aerosol yang selalunya digunakan untuk semburan motosikal tidak akan berkilat seperti semburan 2K Lacquer. Cat seperti ini lazim digunakan pada kereta. Penggunaan cat 2K ini hanya boleh disembur dengan menggunakan kompressor bersama pistol sembur. Perkhidmatan ini pastinya menjadi masalah jika sesebuah motosikal inginkan kualiti kilauan seperti ini yang lazimnya disediakan oleh bengkel kereta.

Selepas melakukan kajian selama tiga tahun, Samurai tampil dengan memperkenalkan cat 2K kini dalam bentuk aerosol. Samurai 2K merupakan produk yang menggunakan teknologi Jepun dan akan dipasarkan mulai Januari 2015. Sebagai maklum balas kepada para peminat cat Samurai di Malaysia dan Indonesia, produk ini akan terlebih dahulu tiba di dua negara ini.

Ya… kini kualiti semburan yang diidam-idamkan akan dapat kita nikmati. Hanya beli dan sembur dan kita dapat saksikan hasil kilatnya yang cukup istimewa dan kesan ini boleh bertahan selama lima tahun. Harga asal bagi Samurai 2K adalah RM50 namun dalam tempoh promosi pelancaran yang terhad ini, harga tawaran hanya RM25. Diskaun sebanyak 50%.

Kepada para pembeli Samurai 2K, sila tangkap gambar karya semburan anda dan post kan dalam facebook (www.facebook.com/Samurai SprayPaint). Terdapat hadiah misteri menanti anda daripada syarikat tersebut. RR

Isu Pada

Januari 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.